View: 324|Reply: 3
|
Lelaki Tak Sempat Makan Malam, Langgar Kereta Buat Pusingan 'U'
[Copy link]
|
|
Marang: Seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk makan malam di Pantai Peranginan Kelulut maut selepas motosikal ditungganginya melanggar sebuah Proton Persona yang membuat pusingan 'U' di KM 19 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan, dekat Kampung Seberang Marang, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian 9.13 malam itu, mangsa, Wan Shahril Izwan Wan Mohd Kamalrubahrum, 20, dari Kampung Batu Putih, di sini, yang parah di kepala meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) jam 10.30 malam.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang Yamaha Y15ZR dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kelulut.
Katanya, kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu Proton Saga, guru lelaki berusia 52 tahun yang mengajar di Kulim, Kedah dalam perjalanan dari arah sama dikatakan berhenti di sebuah kedai menjual satay di kiri jalan.
Menurutnya, selesai membeli satay, lelaki terbabit membuat pusingan 'U' untuk ke rumah mentuanya di Kampung Rusila, di sini.
" ada masa sama, mangsa dikatakan gagal mengelak sebelum melanggar tepi kanan kereta terbabit.
"Akibat perlanggaran itu, mangsa parah di kepala dan dikejarkan ke HSNZ sebelum disahkan meninggal dunia," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Orang Indonesia lagi pandai mengendara mobil.
Orang Malaysia tahu makan saja |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorok at 18-6-2023 02:48 PM
Kat area pantai Kelulut ni memang bahaya pung, jalan besor jalan utama KT-Kuantan, belum besor 4 lorong 2 hala mcm kat Jambu Bongkok tuh. Dah le banyak kedai makan berderet tepi pantai tuh, kereta pulek suka uturn padahal situ mana buleh uturn. Hati hati ler kalau dari arah Kuantan or KT lalu sini sbb situ kawasan kampong byk kete or moto uturn keluar masok simpang |
|
|
|
|
|
|
|
aku selalu singgah sini beli kepok ..mmg sebok sikit maklum jln lurus...tapi kali ni kepok kurang bangat...kedai kepok lain pun banyak tutup... |
|
|
|
|
|
|
| |
|