CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 173|Reply: 0

[Kelantan] Norfarisya tak kekok ternak 1,000 ekor lembu

[Copy link]
Post time 18-6-2023 11:31 AM | Show all posts |Read mode

Norfarisya membantu bapanya menjaga 1,000 ekor lembu untuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.

KOTA BHARU – Status sebagai seorang gadis yang baharu berusia 18 tahun tidak menjadi penghalang buat Norfarisya Azhar untuk terlibat dalam sektor penternakan lembu yang diusahakan bersama bapanya.

Menurut Norfarisha, dia juga tidak kekok untuk menguruskan kira-kira 1,000 ekor lembu yang diternak keluarganya di Kampung Kemumin, Sabak di sini untuk dijual kepada pelanggan bagi ibadah korban tidak lama lagi.

Katanya, dia mula meminati bidang ternakan lembu sejak berusia 11 tahun dan telah membantu bapa, Azhar Che Abdullah, 53, bersama tiga pekerja menjaga sebanyak 1,000 ekor lembu baka Brahman dan kampung.

“Setakat ini, sebanyak 800 ekor lembu sudah habis terjual untuk ibadah korban. Baki 200 ekor lembu lagi mungkin akan mempunyai pemilik baharu menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

“Lembu-lembu di sini kebanyakannya mudah diurus. Saya juga boleh menjinakkan lembu terutamanya baka Brahman sehingga boleh ditunggang seperti kuda,” katanya ketika ditemui di Kampung Kemumin, Sabak di sini kelmarin.

Norfarisya memberitahu, pengalaman mengikuti bapa­nya dalam menternak lembu menjadikan dia semakin selesa, malah tahu segala aspek dalam penternakan haiwan tersebut.

“Dengan semua ilmu yang dipelajari, ayah telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menjaga ladang lembu di kawasan seluas 4.8 hektar ini,” katanya.

Norfarisya berkata, dia yang kini turut belajar agama di sebuah pondok di Wakaf Bharu, Tumpat ketika ini bercita-cita untuk menjadi penternak yang berjaya pada masa akan datang.
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... ak-1000-ekor-lembu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.055968 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list