View: 694|Reply: 6
|
Peminat Tegar Iron Man Kumpul 1,500 Koleksi
[Copy link]
|
|
Peru: Minat yang mendalam terhadap adiwira Iron Man telah mendorong Miguel Andres Javier untuk mengumpul pelbagai koleksi watak tersebut.
Sehingga kini, lelaki yang berasal di Peru itu telah memiliki sebanyak 1,548 koleksi memorabilia Iron Man. Miguel mula menyimpan koleksi Iron Man pada 2007 iaitu setahun sebelum tayangan pertama filem tersebut.
Dia menyimpan pelbagai koleksi seperti figura, bola, kad dan lain-lain lagi yang kesemuanya berkaitan watak Iron Man. Koleksi pertama yang disimpannya adalah patung aksi Iron Man setinggi 16 sentimeter berwarna kuning dan merah.
Dia membelinya secara terpakai dan beberapa bahagian telah hilang di kampung halamannya di Lima.
Malah, Miguel mendapat inspirasi untuk menyimpan lebih banyak koleksi setelah melihat pelakon Amerika Syarikat, Robert Downey Jr. memegang watak Iron Man.
Dia menikmati watak yang dibawa pelakon tersebut sebagai adiwira Iron Man. Miguel juga menghargai ciri-ciri pada watak tersebut yang kelihatan angkuh dan ego.
Jadi tidak hairanlah apabila Iron Man dianggap negatif oleh sesetengah orang.
“Saya dapati bahawa terdapat ramai yang menghargai watak Iron Man serta pelakon, Robert Downey Jr.,” katanya.
Miguel juga berasa lebih bersemangat dan gembira apabila berjaya menemui serta menyimpan koleksi berkaitan Iron Man.
Antara koleksi menarik dan sukar diperoleh dalam simpanannya termasuk figura Iron Man Hulkbuster yang dikeluarkan oleh syarikat itu, Toybiz.
Dia juga memiliki set Tony Stark dan Hall of Armors yang mengandungi beberapa figura aksi, di mana Tony Stark memakai baju besinya, hasil ilham daripada filem Iron Man 3.
Selain itu, Miguel memiliki koleksi Iron Man Mark IV yang menampilkan Iron Man memakai cermin mata hitam. Ia dikeluarkan oleh syarikat Hasbro.
Bagaimanapun, koleksi kegemaran Miguel ialah figura Iron Man berukuran 15 sentimeter yang dihasilkan oleh syarikat Bandai dari Jepun.
Apabila koleksi Iron Man dalam simpanannya semakin bertambah, Miguel mendapati bahawa kerja-kerja mengumpul menjadi semakin mencabar.
Namun begitu, setiap tambahan koleksi Iron Man membawa kebahagiaan, kebanggaan dan kegembiraan yang besar kepadanya.
Miguel juga menjaga koleksinya dengan sangat baik termasuk membungkus setiap objek dan meletakkannya di dalam kotak kadbod untuk melindunginya daripada unsur-unsur yang boleh merosakkan.
Setiap satu koleksinya mempunyai tag maklumat berkaitan perihal item, pengilang dan nombor rujukan. Bagi Miguel, gelaran Guinness World Records telah memberikannya kepuasan yang besar.
Dia berharap dapat menggunakan gelaran tersebut untuk memberi inspirasi kepada orang lain.
“Mencapai matlamat tidak mustahil, tetapi ia adalah jalan yang perlu dilalui dengan keberanian, semangat, tertib dan penuh berdisiplin. Jangan takut untuk cuba memecahkan rekod kerana kepuasannya sangat hebat,” katanya.
Tambah Miguel, dia juga ingin menambah koleksi Iron Man dalam simpanannya dan bersedia untuk memecahkan rekod sendiri selepas ini.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya bila banyak duit..macam2 boleh beli. |
|
|
|
|
|
|
|
sranua replied at 18-6-2023 03:57 PM
Bestnya bila banyak duit..macam2 boleh beli.
Ujar seorang B40 ke?  |
|
|
|
|
|
|
|
susahlah kalau kita teringat pasal duit, maka duit perlu banyak supaya boleh buat sesuatu...yang ini sebenarnya soal minat bukan pasal duit. ada jer hobi yg tak pakai banyak duit..
|
|
|
|
|
|
|
|
Yup minat mandi sungai, terbei burung, kumpul setem...kumpul syiling lama....sikit dengan banyak je duit kena keluar jgk.Macam minat shopping..ada duit sedapla order..takde duit....jamu mata je lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
M40 tapi sebab loan tinggi terpaksa join geng B40 ha3.
Ada T20 gaji rm30 ribu tapi sebab ada rumah semi-D, kereta alpad...loan beli emas, terciduk forex..nahh tinggal RM2,000 je sebulan.
Jadi semua bergantung kepada pengurusan kewangan yg betul.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by akusukaq at 22-6-2023 09:38 AM
Member sukan IronMan ni kalu M40 memang terceduk la...semua pun kena bayar. Nak masuk pertandingan sukan lasak ni latehan bkn calang calang. Semua pun kena korban duit, fees pendaftaran, medikel cek up ,transport, hotel dan makan.Aktivti joging , bebasikal dan berenang dibuat merata tempat yg sesuai mcm Langkawi PD jgk diluar negara.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|