CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 623|Reply: 3

Demam, menggigil satu badan

[Copy link]
Post time 18-6-2023 10:46 AM | Show all posts |Read mode
Demam, menggigil satu badan



BAKAL tampil dengan lagu terbaharu berjudul Eilayka yang berentak Arab.


PENYANYI Datin Alyah berkongsi pengalaman misteri dialami ketika merakamkan lagu keroncong berjudul Alunan Biola yang pernah dipopularkan Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma.

Alyah berkata, ketika kejadian itu dia terdengar ada suara lain yang turut menyanyikan ketika merakamkan lagu berkenaan.

"Kejadian berlaku sekitar 2003 atau 2004. Masa itu, saya merakamkan lagu ini untuk program radio terbitan RTM.

"Proses rakaman dibuat di studio Rentak 50. Ketika proses rakaman dijalankan, saya terdengar suara lain turut bergema dan menyanyikan lagu Alunan Biola bersama saya," kata penyanyi yang popular dengan lagu Kisah Hati.

Alyah atau nama sebenar, Noor Hasliah Abu Hassan memberitahu lebih menyeramkan apabila dimaklumkan ada beberapa kejadian pelik berlaku kepada penyanyi yang pernah merakamkan lagu klasik berkenaan.

"Selepas rakaman lagu, keesokannya saya terus demam. Tubuh saya juga terketar-ketar.

"Saya diberitahu oleh juruaudio ada beberapa penyanyi lain turut demam selepas merakamkan lagu ini," kata isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS itu.

Mengulas mengenai perkembangan terkini, Alyah yang pernah tampil dengan lagu ketuhanan Thank You Allah berkata dia dalam proses mempromosikan lagu terbaharunya berjudul Eilayka yang berentak Arab hasil ciptaannya bersama Firdaus Rahmat dan kolaborasi bersama Ustazah Asni Mansor.

"Proses rakaman video muzik lagu itu saya dilakukan di Dubai.

"Insya-Allah kami merancang untuk pelancaran video muzik itu selepas Aidiladha, tetapi promosi lagu ini akan berjalan seperti biasa," kata Alyah ketika ditemui pada sidang media Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia di Istana Budaya, baru-baru ini.

Selain Alyah, konsert berkenaan turut membariskan penyanyi legenda seperti Datuk Yusni Hamid, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Awie dan penyanyi Korea Selatan, Han Byul.

Turut serta memeriahkan konsert berkenaan Rizal Ahmad, Jamilah Abu Bakar dan Rasyidah Abd Rahim.

Bercerita lanjut mengenai pembabitan dalam konsert berkenaan Alyah mengakui terkejut ditawarkan menyanyikan lagu bergenre keroncong.

"Kali terakhir saya menyanyikan lagu keroncong pada awal kemunculan saya dalam bidang seni.

"Ketika itu saya selalu diundang oleh RTM untuk menjayakan persembahan yang memerlukan saya menyanyi lagu yang hit atau digemari pendengar. Itu pun lagu moden yang diubah versi keroncong.

"Memang tidak dinafikan, lagu keroncong sukar dinyanyikan terutama daripada segi kawalan pernafasan.

"Saya pula baru lepas menjalani pembedahan bariatrik dan sudah tentu ia sangat mencabar buat saya.

"Apa-apa pun, saya teruja dapat mencabar diri dan berkongsi pentas dengan penyanyi legenda," katanya.

Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia anjuran Irama Studios dijadualkan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 5 dan 6 Ogos depan. Tiket menyaksikan konsert itu dijual bermula antara RM88 hingga RM588.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... enggigil-satu-badan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2023 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Gimik suara lain menyanyi sekali ni dah lapuk la di zaman 2023 ni nyah... Ingatkan laki je tua rhopernya pemikiran pun sama... Choiii...

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape kaitan cerita mistik 20 thn dulu dgn lagu baru yg rekod smpi ke Dubai tu

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lambatnya dia punya effect. 2003 menyanyi 2023 baru menggigil. Huhuhu

Anyway, nak ot sikit. Semalam aku tertengok org record live tt dia dengan si laki. Kemain, suruh orang bagi gift kat laki dia. Bagila topi bagila topi bagila topi. Apa datin pun hadap gift dari orang!

Ok, done kecam. Bai!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.043943 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list