CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 146|Reply: 0

[Pulau Pinang] Wanita OKU terencat akal mengamuk, rosakkan patung premis pakaian

[Copy link]
Post time 17-6-2023 08:43 PM | Show all posts |Read mode
Wanita OKU terencat akal mengamuk, rosakkan patung premis pakaian


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



TANGKAP layar rakaman video tular di media sosial. FOTO tular




Bayan Lepas: Padah merosakkan patung serta kain rentang sebuah premis pakaian di sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini, semalam, seorang wanita berstatus orang kurang upaya (OKU) ditahan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, penahanan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada pembantu premis pakaian berkenaan pada 5.50 petang hari yang sama.

Katanya, wanita berusia 26 tahun itu terdahulu dikatakan membuat bising di hadapan premis sebelum merosakkan patung.

"Berdasarkan laporan, wanita berkenaan didakwa membuat bising di hadapan premis sebelum memukul dan menendang patung serta kain rentang menggunakan papan selaju (skateboard) di dalam premis.

"Susulan itu, polis menahan wanita berkenaan selain merampas papan selaju yang digunakan bagi merosakkan patung berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Kamarul Rizal berkata, ibu saudara wanita itu memaklumkan bahawa dia mempunyai masalah kesihatan selain OKU kategori terencat akal.

"Wanita itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan dan pegawai perubatan mengesahkan dia mempunyai masalah psikiatri," katanya.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 35 saat memaparkan insiden itu tular di media sosial.



Disiarkan pada: Jun 17, 2023 @ 7:48pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.586755 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list