View: 1310|Reply: 13
|
Lina Jadi Ibu Termuda Pada Usia Lima Tahun
[Copy link]
|
|
Lima: Ketika kanak-kanak berusia lima tahun masih bermain dengan riang bersama rakan sebaya, Lina Medina pula bergelar ibu termuda di dunia selepas melahirkan bayi lelaki.
Pada 1993, berita tersebut mengejutkan dunia kerana pada usia belum mencapai akil baligh atau istilah perubatan akil baligh pramatang, Lina hamil pada usia tersebut.
Tiada siapa menyangka kanak-kanak yang tinggal di perkampungan Andes, Peru itu rupanya menjadi mangsa rogol.
Lina Medina ketika melahirkan bayi lelakinya. Rare Historical Photos
Daily Star melaporkan, pada mulanya ibu bapanya menyangka Lina mengalami tumor kerana perutnya semakin membuncit, namun pemeriksaan lanjut doktor mendapati dia hamil tujuh bulan.
Sehingga kini, tiada siapa mengetahui siapa merogol kanak-kanak itu, biarpun bapanya sendiri pernah ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan sumbang mahram itu, namun dia dibebaskan kerana kekurangan bukti.
Lina menjalani kehidupan seperti orang lain, namun tidak terbuka berkongsi ceritanya kepada awam.
Lina kemudiannya melahirkan anak kedua kira-kira 34 tahun kemudian bersama suaminya Raul.
Menurut Telegraph India, dia tinggal di rumah sempit di daerah miskin dan penuh jenayah di Peru.
Tidak jelas sama ada Lina masih hidup tetapi usianya kini dianggarkan mencecah 89 tahun dan masih kekal sebagai orang termuda yang pernah melahirkan anak.
Anak lelaki pertama Lina, Gerardo dikatakan hidup sehingga umurnya 40 tahun sebelum meninggal dunia akibat penyakit tulang pada tahun 1979.
Menurut laporan, dia tidak diberitahu Lina adalah ibunya sehingga dia berusia 10 tahun kerana sebelum ini percaya itu kakaknya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Laporan paling kartun sekali.
1993….lahir anak pada umur paling muda, lima tahun
Kini (2023)…umur Lina 89 tahun
Anak lelaki dia meninggal 1979 masa umur 40 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
huk aloh editor cari pu , berita lama la ni. has been around the internet for ages pasal lina ni. dia bersalin tahun 1939 la, bukan 1993. |
|
|
|
|
|
|
|
Editor bukan keje dia edit artikel dulu ke sblm publish? |
|
|
|
|
|
|
|
.... apa punya artikel daaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Aisyah bini muhammad tersenyum sinis sis.  |
|
|
|
|
|
|
|
Tulis la information nya betul2 adoila |
|
|
|
|
|
|
|
Weh, Lina ni tahun 1939 daaaaaa.
Jadah tahun 1993 |
|
|
|
|
|
|
|
Rencana yg super mengelirukan |
|
|
|
|
|
|
|
Apa ke benda yg aq baca ni, penulis ni waras ke x masa menulis??? |
|
|
|
|
|
|
|
tragisnye hidup dia..beza umur dgn anak 5 thn je |
|
|
|
|
|
|
| |
|