CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

[Kelantan] Harimau betina diselamatkan selepas cedera terkena jerat pemburu haram

[Copy link]
Post time 17-6-2023 11:20 AM | Show all posts |Read mode

MEK Blau ketika diselamatan Perhilitan. FOTO Ihsan PERHILITAN

GUA MUSANG : Seekor harimau belang betina seberat 80 kilogram (KG) diselamatkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) berhampiran Ladang Metro NTT, Pos Blau, di sini, semalam.

Harimau betina yang dipanggil "Mek Blau" itu dipercayai tercedera pada pergelangan kaki kiri hadapan akibat terkena jerat pemburu haram.

PERHILITAN menerusi kenyataan media berkata, pihaknya menerima aduan pada jam 11.30 pagi oleh seorang kakitangan ladang itu, Khamis lalu.

"Sepasukan anggota dihantar segera ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi pada 12.30 tengah hari.



"Namun, kedudukan harimau itu sukar diakses kerana terletak di kawasan berkecerunan tinggi atau tebing sungai.

"Jadi, pada 10.30 pagi keesokan hari (semalam), operasi menyelamat dimulakan selepas menerima maklumat kedudukan dan keadaan haiwan liar itu menggunakan dron," katanya.

Menurutnya, ubat pelali digunakan untuk menidurkan sementara 'Mek Blau' bagi memudahkan kerja menyelamat.

"Rawatan ke atas kecederaan, pemeriksaan fizikal dan pengambilan sampel darah telah dilakukan oleh pegawai veterinar.

"Operasi menyelamat yang membabitkan 21 kakitangan selesai pada 12.30 tengahari dan harimau belang ini dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan untuk rawatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, pemburu haram yang bertindak memasang jerat adalah menyalahi Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 [Akta A1646].
https://www.bharian.com.my/berit ... rkena-jerat-pemburu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.070912 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list