View: 512|Reply: 3
|
Mahu Privasi Seperti Kelas Perniagaan, Penumpang Wanita Balut Tiga Tempat Duduk Dengan Plastik
[Copy link]
|
|
Macam-macam hal! Terbaharu seorang penumpang pesawat menjadi perhatian apabila dia membalut tiga tempat duduk dengan pembalut plastik kerana mahukan privasi sebagaimana tempat duduk di kelas perniagaan.
Malah menerusi video yang dirakam oleh seorang penumpang lain, wanita itu langsung tidak menghiraukan keadaan sekeliling dan ralit memasang pembalut plastik pada kerusinya.
Gelagat aneh penumpang wanita tersebut dirakam oleh penumpang lain. -Gambar Dexerto
Akhirnya, seorang kru kabin menyedari tindakan wanita itu dan menyuruhnya menanggalkan semula pembalut plastik pada kerusinya.
Dia kelihatan tertekan apabila dimaklumkan bahawa tindakannya tidak dibenarkan, malah berulang kali bertanya mengenai peraturan di dalam pesawat.
"Saya boleh melakukan apa sahaja yang saya mahu"," ujarnya.
Tidak lama kemudian, seorang kru kabin lelaki menanggalkan pembalut plastik pada kerusi penumpang berkenaan walaupun berlaku sedikit 'drama' dengan wanita itu.
Tidak diketahui apa yang berlaku kepada wanita itu selepas pembalut plastik ditanggalkan, tetapi jelas bahawa penumpang lain agak keliru dengan tindakannya. -Dexerto
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mesti untuk content bodoh. Kalau dah beli 3 seat econ tu kan boleh je beli satu seat dlm 1st class ke biz class. |
|
|
|
|
|
|
|
Acane nk kluar nk buang hajat? |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin dia ingat beza first, biz dgn economy class pada saiz kerusi ja balut2 gitu auto upgrade. Nak kata bodoh memang bodoh pun.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|