CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 190|Reply: 0

[Kedah] KPM sasar tingkat enrolmen murid prasekolah kekang keciciran

[Copy link]
Post time 17-6-2023 09:45 AM | Show all posts |Read mode
KPM sasar tingkat enrolmen murid prasekolah kekang keciciran


BERNAMA



Fadhlina Sidek



Alor Setar: Kementerian Pendidikan (KPM) mensasarkan untuk meningkatkan enrolmen murid di prasekolah kepada 90 peratus berbanding 80 peratus ketika ini sebagai langkah awal mengekang keciciran di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata bagi mencapai sasaran itu KPM akan membuka lebih banyak prasekolah selain melakukan kempen advokasi kepada ibu bapa untuk menggalakkan mereka menghantar anak-anak ke prasekolah bagi mendapatkan pendidikan awal.

"Enrolmen prasekolah (ketika ini) adalah sekitar 80 peratus, sekolah menengah lebih kurang 78 peratus jadi agak rendah berbanding dengan sekolah rendah yang kita wajibkan itu iaitu pada kadar 98 peratus.

"Jadi kita ada dua segmen pelajar yang perlu kita beri tumpuan enrolmennya iaitu prasekolah dan sekolah menengah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Sesi Motivasi bersama Cikgu Menteri di sini malam tadi.

Beliau berkata antara faktor kadar enrolmen prasekolah rendah adalah disebabkan kemiskinan iaitu ibu bapa tidak mampu menghantar anak mereka ke prasekolah, selain kekurangan kelas prasekolah yang sedang ditangani di peringkat kementerian.

Ditanya sama ada KPM berhasrat mewajibkan pendidikan prasekolah seperti sekolah rendah, Fadhlina berkata pihaknya akan menyelesaikan dahulu isu-isu berkaitan prasekolah sebelum meneliti perkara itu.

Mengulas mengenai keciciran di peringkat sekolah menengah, beliau berkata Rang Undang-Undang (RUU) mewajibkan pendidikan di peringkat sekolah menengah yang akan dibentangkan di Parlimen dijangka dapat memastikan pelajar kekal bersekolah sehingga tamat tingkatan lima.

"Sekolah menengah ini drop out (tercicir), orang tak sambung belajar ini disebabkan oleh macam-macamlah, kemiskinan, bekerja, kahwin, hamil dan memang mahu berhenti atau terbabit dengan pelbagai isu-isu sosial.

"Jadi untuk kekang isu-isu ini kita perlu juga ada dasar pendidikan wajib untuk sekolah menengah supaya mereka boleh kekal di sekolah sehingga tingkatan lima," katanya.



Disiarkan pada: Jun 17, 2023 @ 9:16am












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.093542 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list