View: 351|Reply: 3
|
Pelajar Lemas Mandi Di Kolam Takungan Banjir
[Copy link]
|
|
Guar Chempedak: Pelajar tingkatan tiga ditemukan lemas selepas mandi bersama empat rakan di kolam takungan tebatan banjir di Kampung Batu 20, di sini hari ini.
Mangsa, Muhammad Danish Haidar Mohd Rizal, 15, adalah pelajar Sekolah Menengah (SM) Guar Chempedak berasal dari Kampung Jalan Baru.
Anggota bomba mengangkat mayat pelajar lelaki berusia 15 tahun yang lemas di kolam takungan tebatan banjir di Kampung Batu 20 Guar Chempedak. FOTO Ihsan PDRM.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, pihaknya dan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak memulakan pencarian mangsa pada 5.40 petang.
Shahnaz berkata, siasatan mendapati, mangsa bersama rakannya mandi manda di kolam itu pada 3.30 petang tanpa pengetahuan keluarga.
"Mangsa kemudiannya ditemui pada 5.45 petang dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Yan," katanya ketika dihubungi hari ini.
"Mereka beriadah dan secara tiba-tiba mangsa lemas yang menyebabkan rakannya panik serta pulang ke rumah untuk memaklumkan kepada keluarga.
"Bapa rakannya menghubungi polis sebelum keluarga mangsa dimaklum mengenai kejadian," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahhiwainnailaihirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahhiwainnailaihirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillaahi wainna ilaihi rojiun |
|
|
|
|
|
|
| |
|