CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1917|Reply: 21

Dolla Semakin Gempak, Nama Glamor Dah Saing Artis K-Pop

[Copy link]
Post time 16-6-2023 06:34 PM | Show all posts |Read mode
Kumpulan DOLLA mencipta satu lagi kejayaan apabila disenaraikan sebagai 10 kumpulan penyanyi wanita yang harus ada dalam senarai wajib main oleh saluran YouTube tersohor, MsMojo.


Kumpulan dianggotai Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya terbabit diletakkan pada tangga keenam dalam senarai yang turut menamakan kumpulan lain dari pelusuk dunia itu.


Foto: IG




Menjadi satu-satunya kumpulan dari Malaysia yang berjaya memasuki carta itu, antara kumpulan lain turut tersenarai adalah kumpulan dari Jepun XG dan juga sensasi K-Pop terkini, New Jeans.


Menurut saluran itu, DOLLA bukan sahaja dikenali kerana kelincahan mereka di pentas tapi juga berkat ketularan mereka di media sosial.





Ini termasuklah kejayaan lagu 'Raya Raya Raya' yang berjaya mengumpul jutaan peminat seluruh dunia.


Dalam video berkenaan, MsMojo menyenaraikan 10 buah kumpulan nyanyian wanita antarabangsa termasuk dari Amerika Syarikat, Amerika Latin, United Kingdom, Jepun, Korea dan juga Asia Tenggara seperti Filipina.





Kejayaan itu semestinya cukup besar makna buat DOLLA. Ini kerana MsMojo adalah sebuah saluran YouTube yang sangat popular dan mengiktiraf artis-artis berbakat dari seluruh dunia serta berimpak besar dalam dunia seni hiburan.


Dengan lima juta pelanggannya, pasti memberikan pendedahan berguna buat DOLLA meraih pengikut lebih ramai.





MsMojo juga adalah sebuah saluran YouTube yang lahir dari saluran induk WatchMojo, sebuah saluran video ulung di YouTube yang berpusat di Kanada. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2023 06:38 PM | Show all posts
saing artis kpop apoooooo...

syok2 sendiri sangat... views pun ciput... kat malaysia ni pun kalau di tanya nama kumpulan ni dan nama setiap ahli kumpulan... mau membisu terus satu dewan tu...

silap2 kalau kaka jerit ikan bilis pulau pangkor... lagi ramai acik2 kenal ikan bilis tu dari korang....

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
level paek meon je
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg mengiktiraf pun hakak tak kenal dik..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Walau banyak pengiktirafan tetap nampak rempit & tak fit..walau kurus tapi bila menari berat nampak badan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
masalahnya lagu berapa kerat je ada noks. Buat keluar la mini album ke apa dulu. Baru nampak kualiti.

kpop idol pon gigih noks buat mini album walaupun suara tak semua sedap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2023 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Nozot replied at 16-6-2023 07:37 PM
Walau banyak pengiktirafan tetap nampak rempit & tak fit..walau kurus tapi bila menari berat nampak  ...

mungkin dorang training tak gigih kot. Harap boleh baiki kan mutu persembahan
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Go Dolllaaaaa goooooooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2023 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
better la dari congek ke coek apekenama tah tu.. yg penting tabby herlok yach.. at least sheols membuatkan group ni nampak wangi la sikit

awal kemunculan dulu iols serious nyampah group fefeeling kpop berangan hidup gini.. lama2 cam ok pulak lagi2 lepas anak buah iols duk ulang2 jah lagu raya raya raya si dollah ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak jadi artis "ala" kpop ni wajib eh tunjuk perut tunjuk paha..tp kena pastikan keding
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Raya raya raya...selamat hari raya
Lagu raya depa best
Bosan dgr lagu raya meleweh sedih
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak dolla porum cari?

Masih membangkaikheun diri...menjadi pencacai tegar pazzizzpuzz...

Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dzahin_poch at 16-6-2023 09:27 PM

Kau punya aura xkan sama mcm feminin, elite n byk lg.. dolla ni sampah jer hahah
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Lamberttttttt lagi tp bolehla buat raso2....
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
heythere123 replied at 16-6-2023 07:50 PM
mungkin dorang training tak gigih kot. Harap boleh baiki kan mutu persembahan

Ya kan..tak berapa gigih training, tu nampak berat. Dulu Azira Defam pun nampak bloating n tak fit sekarang bila bawah Iman Tang, nampak fit, cergas n tak bloating.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2023 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bolehla dari yg lelain tuh

Apa kenama gurl grup lelain takleh recall imej menyeksa lagu rempit dangdut

Dolla klau kena sambar ngan any agency korea maybe boleh boom
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2023 10:33 PM | Show all posts
Boleh je Dolla ni, iol enjoy je dngr lagu2 dorg.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2023 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Muke desa acah bangsar bubble
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2023 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Pd aku OK lah dolla ni. Lagu semua sedap2.. mv pun view juta2 kan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2023 04:27 PM | Show all posts
heythere123 replied at 16-6-2023 07:49 PM
masalahnya lagu berapa kerat je ada noks. Buat keluar la mini album ke apa dulu. Baru nampak kualiti ...

diorang memang dah keluarkan mini album pun, iDolla dah borong dalam tempoh 24jam gitu habis so far lagu2 diorang ok je, sedap, sebab under Universal Music, so nampak level intenesenel lah sikit
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.432450 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list