View: 844|Reply: 7
|
[Tempatan]
LHDN serbu rumah Hamzah Zainudin
[Copy link]
|
|
LHDN serbu rumah Hamzah
https://www.malaysiakini.com/news/668853
Alyaa Alhadjri
Diterbitkan: Jun 15, 2023 10:32 PM⋅
Dikemaskini: 10:52 PM
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dilaporkan telah membuat serbuan ke rumah ketua pembangkang Hamzah Zainudin di Damansara, Kuala Lumpur.
Ketika dihubungi, sumber yang dekat dengan kepimpinan Bersatu mengesahkan serbuan itu.
Ya, ia (serbuan) dibuat semalam," kata sumber kepada Malaysiakini.
Terdahulu, laporan The Star dan Free Malaysia Today memetik sumber sebagai mendakwa LHDN mengadakan serbuan di rumah Hamzah.
Namun The Star melaporkan serbuan diadakan pada pagi semalam, manakala laporan Free Malaysia Today menyatakan ia dibuat malam semalam.
Menurut laporan The Star, serbuan dibuat ekoran "dakwaan cukai pendapatan yang tak dilaporkan".
Akhbar itu memetik sumber sebagai mendakwa yang Hamzah berada di rumah ketika serbuan dan fail serta dokumen berkaitan akaun dan pemilikan aset telah dirampas.
Sumber yang dekat dengan Hamzah dipetik berkata ia merupakan "tindakan bermotifkan politik oleh pihak berkuasa" memandangkan pemimpin Bersatu itu sentiasa merekodkan cukainya.
“LHDN tidak menyatakan secara terperinci sebab serbuan sama ada berkaitan cukai melibatkan syarikat atau projek tertentu atau tidak.
"Hamzah masih menunggu dokumen dari LHDN," katanya.
Malaysiakini telah menghubungi Bersatu dan pemimpin Bersatu untuk mendapatkan pengesahan dan komen berhubung perkara ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
geng tutup parlimen |
|
|
|
|
|
|
|
Elok dahh..anak curi minyak masak sabsidi,bapak lak lari x bayar tax
Dasar kturunan penyamun.PN best... |
|
|
|
|
|
|
|
elok la tu.. kasik londeh sampai spentot berlubang anak beranak |
|
|
|
|
|
|
|
Dia serbu macam mana, kepung ka?
Yang penting tunggu atas bumbung kang dia tebuk atap pula. Pengalaman dah ada tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Muka dia, cara cakap eksyen bebenor. Asal nampak kat tv je terus aku tuko channel.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|