CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 143|Reply: 0

[Terengganu] Wanita terkilan beli karipap inti lalat

  [Copy link]
Post time 15-6-2023 02:48 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN lalat yang ditemukan dalam karipap yang didakwa dibeli di sebuah gerai makan di bandar Dungun, Terengganu, hari ini. - MEDIA SOSIAL



DUNGUN:  Seorang wanita terkilan apabila menemukan seekor lalat dalam  karipap yang didakwa dibelinya di sebuah gerai makan di bandar ini, pagi ini.

Wanita yang dikenali sebagai Nurul Gadget memuat naik gambar karipap yang berinti ikan dan lalat dalam kumpulan Facebook.

“Lama tak makan karipap. Tak tahu pulok ada karipap inti lalat lening (sekarang),” tulisnya yang lega tidak tertelan lalat tersebut.

Menurutnya, dia tidak mahu memanjangkan isu tersebut berikutan karipap itu bukan dibuat oleh pemilik kedai, sebaliknya dihantar oleh pembuat kuih lain.

“Malas pergi complain (membuat teguran) di kedai sebab dia (pembuat kuih) pun cari rezeki letak kuih di kedai. Cuma saya nak pesan la tolong jaga kebersihan bab makanan,” katanya.

Sementara itu, pengguna Facebook, Norizam Nur turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan sesetengah peniaga yang tidak menitikberatkan soal kebersihan dalam penyediaan makanan.

“Saya pernah kena minggu lepas. Minggu yang sama kena, dua kali. Kedai makan pertama, kena telur lipas. Kedai makan kedua, ada lalat pula dalam makanan saya.

“Saya terus buat teguran  pada pekerja kedai tersebut. Mohon sangat peniaga-peniaga jaga kebersihan makanan,”tulisnya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Nadiera Niena Amchaaradamsha, turut berkongsi pengalaman sama.

“Amber (Saya) kena kedai dekat Paka, sambal nasi lemak ada lalat hijau dengan peng (telur) skali pakej. Sampai hari ni ambe (saya) boikot kedai tu,” tulisnya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... karipap-inti-lalat/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.724751 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list