CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

[Perlis] LKTN sasar 60,000 permohonan lesen tembakau menjelang 2024

[Copy link]
Post time 15-6-2023 10:54 AM | Show all posts |Read mode
LKTN sasar 60,000 permohonan lesen tembakau menjelang 2024

15 Jun 2023   10:27am





Gambar hiasan 123RF




KANGAR - Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) menyasarkan menerima 60,000 permohonan pendaftaran lesen mengedar tembakau dan keluaran tembakau menjelang tahun depan.

Ketua Pengarahnya, Idris Mohd Salleh berkata, pihaknya telah mengenal pasti 60,000 premis di seluruh negara yang perlu dilesenkan dan sehingga kini 16,000 lesen tanpa fi (bayaran) telah dikeluarkan.

"Tawaran pendaftaran lesen mengedar tembakau dan keluaran tembakau tanpa bayaran bermula 1 Januari sehingga 31 Disember ini dan selepas itu pemohon akan mula dikenakan bayaran lesen sebanyak RM150.

"Permohonan lesen boleh dibuat secara dalam talian di portal pelesenan LKTN atau datang sendiri ke kaunter pelesenan LKTN yang terdapat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Perak, Johor, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata, LKTN mula memperkenalkan lesen tersebut pada 1 Januari 2022 dengan mengadakan kempen dan hebahan kepada orang ramai sebelum membuka pendaftaran lesen tanpa bayaran berkuat kuasa 1 Jan hingga 31 Disember 2023.

Menurut Idris tafsiran mengedar tembakau terpakai kepada mana-mana individu atau syarikat yang menjalankan aktiviti mengalih, mengangkut, memindahkan, menghantar, menyampaikan, membekalkan, membawa atau menyimpan apa-apa tembakau atau keluaran tembakau.

Lesen dikenakan kepada individu yang mengedar 200 batang rokok dan ke atas, mempunyai pendaftaran perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapat lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Beliau berkata pelaksanaan penguatkuasaan lesen tersebut merupakan antara usaha untuk mencegah penjualan dan penggunaan keluaran tembakau secara tidak sah.


"Kami menerima makluman yang positif daripada persatuan dan syarikat yang terlibat dengan industri tembakau dan berharap mendapat kerjasama baik semua pihak bagi penguatkuasaan lesen nanti,” katanya. - Bernama





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.202256 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list