CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 150|Reply: 0

[Terengganu] Kerajaan negeri siasat video tular konsert dalam universiti

[Copy link]
Post time 15-6-2023 10:21 AM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar konsert tular di sebuah universiti di Kuala Nerus. FOTO Tular

Kuala Terengganu: Kerajaan negeri menjalankan siasatan berhubung video tular memaparkan aksi lelaki dan wanita dalam sebuah konsert di sebuah universiti tempatan yang bercanggah dengan garis panduan syariah ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, Datuk Satiful Bahri Mamat berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku apatah lagi ia dianjurkan sebuah institusi pendidikan tinggi.

"Kita sudah agih garis panduan syariah kepada semua jabatan (di Terengganu), jadi tidak sepatutnya ia (konsert) berlaku di universiti.

"Lagipun ini di bawah jawatankuasa yang sama dan saya sendiri selaku pengerusi dan Exco Pendidikan dan Pengajian Tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Kick-off Bsas Aeoronautics pesawat tanpa pemandu (UAV), di sini, hari ini.

Menurut Satiful, walaupun konsert itu diadakan dalam kawasan persendirian, pematuhan terhadap garis panduan syariah yang disediakan perlu dipatuhi.

"Saya rasa ia perlu ikut garis panduan yang sepatutnya walaupun dalam kawasan persendirian, ia masih lagi terikat dengan garis panduan dasar-dasar kerajaan negeri yang meletakkan asas syariah compliance (pematuhan syariah).

"Jadi, saya akan tanya balik dan semak semula macam mana sebab saya baru dapat maklumat ini," katanya.

Pada Rabu lalu, tular video berdurasi 37 saat memaparkan sebuah konsert yang dikatakan diadakan dalam dewan sebuah universiti di negeri ini.

Berdasarkan video itu, konsert terbabit turut dihadiri oleh pelajar lelaki dan perempuan universiti berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rt-dalam-universiti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.057108 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list