View: 1764|Reply: 20
|
Pelakon Baru Sibuk Skrol Tiktok, Siap Tengok Netflix! - Fadlan Hazim
[Copy link]
|
|
Fadlan Hazim mendedahkan pengalamannya bekerjasama dengan pelakon yang lebih baharu daripadanya dan boleh dikatakan tidak berapa gemar dengan sikap ditunjukkan segelintir mereka kerana ada yang dilihat tidak peka dan tidak membuat persediaan lebih awal lebih-lebih lagi ketika waktu penggambaran.
“Saya ada pengalaman berjumpa dengan pelakon baharu yang begitu, tetapi tak semualah ya. Macam dulu, kita tak ada telefon nak tengok Instagram ke, Youtube ke apa semua tetapi ada (segelintir) yang siap tengok Netlflix.
“Mungkin disebabkan adanya telefon pintar menyebabkan masing-masing seperti buat hal masing-masing. Seorang duduk sana, seorang duduk situ, dan macam yang saya katakan tadi bukanlah semua (pelakon baharu) begitu.
OHBulan
“Yang saya banyak jumpa pula sekarang ni sebelum penggambaran tu sibuk skrol TikTok dan sebagainya. Dan bila kita mula nak berlakon je dia macam ‘skrip belum hafal’, tambah pula kita tak berlatih lagi.
“Bila kita tak berlatih sebelum penggambaran, kita sendiri jadi kekok tau depan kamera. Macam mana kan? Kita nak ‘break the ice’ lagi, dengan skrip baru nak hafal, tapi tak semualah begitu” katanya.
Tambah Fadlan lagi, dia sama sekali tidak menganggap dirinya sebagai seorang pelakon berpengalaman tetapi sangat terbuka untuk berkongsi dan menimba ilmu bersama dengan pelakon-pelakon baharu.
“Pelakon yang lebih baharu dari saya sekarang ni, ada yang lebih bagus daripada saya.
“Kalau mereka lebih ke hadapan daripada saya dan terbuka untuk berkongsi, kongsi sahaja pada saya. Saya sangat terbuka.
“Macam Datuk Rosyam Nor dan orang-orang lama dalam industri ni mereka suka berkongsi tenaga, ilmu dan sebagainya.” ujarnya.
Fadlan mendedahkan perkara itu ketika ditemui OhBulan! pada malam tayangan perdana drama bersiri terbitan Astro, Jack Yusof di Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur pada malam Selasa.
Dalam pada itu, Fadlan mengakui apa yang dilihatnya itu ternyata berbeza dengan pengalaman yang dilaluinya sewaktu mula-mula menapak dalam industri hiburan sebagai seorang pelakon.
“Dulu tak (ada telefon) dan zaman saya adalah zaman terakhir di mana tiadanya penggunaan telefon pintar.
“Waktu itu pula, otai-otai dahulu akan ajak kitaorang (pelakon-pelakon baharu), duduk satu meja menghadap sahaja skrip.
“Zaman dulu punya cara ialah letak skrip di tengah-tengah dan kami akan duduk seperti di dalam bulatan tau untuk berbincang tapi zaman sekarang boleh saya katakan sudah berkurang,” tambahnya.
Sumber: OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
gamba dia kt atas tu muka mcm kne sunburn ke foundation ter oxidize |
|
|
|
|
|
|
|
ya ampun kepamnyaaa dan berminyak... ko buat facial dengan permaisuri agong berminyak tu kerr nokkk (bini pizperuz)...
alah biasa la tu Gen Z, keje dok bertiktok tengok netflix tu zaman deorang nyahhh memang gitu lah.... zaman engko mana ada fon memang la tak bertiktok bagai... ni pelakon tua pun kat set sibuk duk buat tiktok takde sape kecoh pun...
|
|
|
|
|
|
|
|
geli lah tengok muka dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Eeuuuwwwww ko busuk sambil ludah - ala2 ex misnina si nohh |
|
|
|
|
|
|
|
dia tanam jambang ke... kelakar pulak nengoknye.. |
|
|
|
|
|
|
|
ekceli kan nok, kat mana2 kompeni pun sama je kalau amik dak2 bbnu keje, to be spesifik umur 20an, diorang ni banyak main je time keje, tak serius dan tak faham tanggungjawab memasing. Yang diorang tahu gaji je. Naik meluat kadang tu asik nak kena remind setiap hari pasal benda sama. Yihhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
nuril86 replied at 15-6-2023 11:59 AM
dia tanam jambang ke... kelakar pulak nengoknye..
Haah tanam, iols ada nampak iklan klinik yg buat tanam jambang ni pada heols |
|
|
|
|
|
|
|
..Macam dulu, kita tak ada telefon nak tengok Instagram ke, Youtube ke apa semua..
Nonokkk.... tak payah nak zaman dulu sangat lah..kau lahir pun baru 1992.. jadi model umur 16 dah tahun 2008, masuk berlakon 2014 ... baru 9 tahun lepas nok... aku yang kertu ni 2009 start kerja dah ada smartphone & social media bagai... ada je youtube.. ada internet bagai.. whatsapp pun dah ada sebab meols skandal ngan dato' dapat first Samsung Note 1 dulu...ahahahahahaha...
Berangan senior ye... terpaling disiplin gittew...watak pun sama je.. kejung je control muka control macho...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab zaman skang ni, budak2 kerja sebab nak duit je, nak meneruskan hidup. Susah dah nak jumpa budak2 kerja sebab minat & nak bina kerjaya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kannn...cara sembang tadi ingat aktor 80an saing2 Faizal Hussein yg cakap. Rupanya kategori BBNU atas cikit. Actually bebudak kerja skang ni, bila dia rehat, makna dia nak rehat. Kau dalam industri sibuk nak cari kimia, masa skrip reading buat apa? Kelas lakonan buat apa? Patut hari shooting tu dah all out, lakonan bagi yg terbaik. Masa tu la masa kau bekerja, bukan nak praktis2 cari kimia. Budak2 bila cut, opkos la nak rest tengok tepon. Kita rehat 15 minit kat opis pon tengok tepon dik.
|
|
|
|
|
|
|
|
bagi iols la kan, yang jenis edukated ni memang ada passion dalam hidup nak berjaya dalam hidup dan kerjaya. Yang jenis hadap gaji je ni memang jenis pemalas, masa sekolah asik ponteng main buat assignment copy paste etc gitula lebih kurang pakej rempit bohjan bohsia sekali, tak semua namun mayoritas nya begitulah. Yihhh meols reject terus ummah perangai gini
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kangkung1M at 15-6-2023 01:41 AM
nuril86 replied at 14-6-2023 11:59 PM
dia tanam jambang ke... kelakar pulak nengoknye..
Kebanyakan artis Malaysia tanam jambang, tu yg semuanya nampak sepesen je.
|
|
|
|
|
|
|
|
apa si kepam ni cuba nak buktikan |
|
|
|
|
|
|
|
huduhnya jambang, nampak cam pelakon lagi sorang muka musang tu
rindu muka zaman iklan gatsby dulu
brim him back |
|
|
|
|
|
|
|
bkn chuol pny ke signature duk tny kenapa fadlan kepam
eh silap
signature kakak ni @kakikuDibibirmu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|