CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1267|Reply: 12

Dasyat..Gempar pun ya...‘Tajuk Asal Filem Vik2ria Secret Sebenarnya Bra Merah’ – Penerbit

[Copy link]
Post time 15-6-2023 09:18 AM | Show all posts |Read mode
‘Tajuk Asal Filem Vik2ria Secret Sebenarnya Bra Merah’ – Penerbit


Penerbit filem Vik2ria Secret, Richaed Ung mendedahkan bahawa tajuk asal naskhah berkenaan sebenarnya adalah ‘Bra Merah’.

‘Bra Merah’


Ketika ditemui Oh Bulan!, Richard berkata idea untuk menggunakan tajuk Bra Merah diperoleh daripada salah seorang rakan baiknya.

Namun, selepas tajuk tersebut diutarakan kepada pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), ia terpaksa ditukar selepas dilihat kurang sesuai dengan penerimaan penonton selain kedengaran kurang sopan.

Untuk pengetahun semua, tajuk asal filem ini adalah Bra Merah. Idea asal daripada kawan baik saya, salah seorang mantan pengerusi FINAS.

Pada suatu hari saya dan dia duduk bersembang kemudian kami tercetus untuk buat filem ini. Tajuk itu diberikan oleh dia.

Bagaimanapun, pihak saya telah menerima nasihat daripad FINAS mengatakan tajuk tersebut agak bahaya. Selepas itu, mengambil masa yang agak lama untuk fikirkan tajuk yang baru.

Jadi dapatlah Vik2ria Secret yang lebih santai dan sesuai gantikan dengan Bra Merah.

Richard berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Vik2ria Secret yang diadakan di TGV KLCC, pada Selasa.

Dalam pada itu, Richard turut mendedahkan filem tersebut pada awalnya untuk disiarkan di platform Over The Top (OTT), namun diubah ke tayangan pawagam disebabkan beberapa kekangan termasuk kos.

Saya pada awalnya ingin menayangkan filem ini di platform OTT di bawah naungan saya, My Wayang. Namun sayang sekali, kos untuk menguruskan OTT sangat besar dan saya sedang berusaha untuk selesaikannya.

Sebab itu ada perkataan yang agak kasar seperti ‘sial’ digunakan dalam filem sebab plan asal untuk OTT.

Sebab jika letak di OTT tidak perlu melalui proses LPF (Lembaga Penapisan Filem). Tambahan lagi, disebabkan tukar dan tayang di pawagam, jadi ada beberapa babak yang dilihat mampu membantu penceritaan filem telah pun dipotong.

‘Dalam kain’


Sementara itu, pengarah yang juga pelakon Vik2ria Secret, AR Badul berkata, jalan cerita filem tersebut sememangnya ke arah mengenai kisah peribadi seorang wanita atau erti kata lain ‘dalam kain’.

Bagaimanapun, dia akur apabila beberapa babak yang sedikit ‘daring’ (berani) terpaksa diubah mengikut kesesuaian penonton tempatan.

Memang filem ini asalnya ingin ke arah benda-benda yang rahsia wanita, dalam erti kata lain ‘dalam kain’. Namun terpaksa diubah pada beberapa babak dan selitkan mesej sebenar yang ingin disampaikan kepada penonton.

Cerita yang ingin dibentuk memang hebat, namun sebagai orang islam ada perkara yang tidak boleh. Memang ingin cerita benda-benda yang panas, tapi macam ke arah Hollywood sangat.

Maka, kami lembutkan sikit supaya tidak dikecam oleh penonton. Nak berniaga, berniaga juga tapi kena jaga semua itu.

Ketika disoal adakah dengan mengarahkan filem yang mengisahkan tentang cerita ‘dalam kain’ merupakan teknik pemasaran untuk menarik minat penonton, Badul berkata dia tiada jawapan kepada pertanyaan tersebut.

Saya tiada jawapan kepada soalan itu, kerana saya sendiri tidak tahu apa sebenarnya kemahuan penonton.

Ada kalanya ada penonton yang suka tengok cerita dalam kain juga. Apa-apa pun tahu Malaysia ada hadnya. Sekiranya boleh menyentuh hati mereka untuk menonton, silakan tengok.

Vik2ria Secret menghimpunkan barisan pelakon tanah air seperti, Ropie, AR Badul, Annie Arifin, Man Raja Lawak, Fiza Halim dan ramai lagi.

Filem yang mendapat bantuan Geran DKD Finas sebanyak RM550,000 itu bakal menerjah pawagam seluruh Malaysia bermula 15 Jun 2023.

Sumber:https://ohbulan.com/tajuk-asal-f ... -bra-merah-penerbit

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2023 09:19 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 10:02 AM | Show all posts
cerita apa ni.......eeeeeeeeeeeeeeee
buang duit jela 500k buat filem gini
pelakon pun sendu
haaaaaaaa semalam ramai forumer x kenal kan annie ni walaupun pelakon pembantu
haaaaaa cerita ni jadi heroin
ko mampooooooooo
cc @dudaberhias kak dude pun x kenal
@asfaz @adeqbun
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 10:06 AM | Show all posts
pembacagosip replied at 15-6-2023 10:02 AM
cerita apa ni.......eeeeeeeeeeeeeeee
buang duit jela 500k buat filem gini
pelakon pun sendu

nauzubillah min zalik...
no wonder bapak toaster smeg tu kena humban keluar dari finas...
filem gini pun di approvenyaaa geran... choiiii...

pengarah pun syok2 sendiri... dah pelakon semua tak herlokkkk...
baik ko buat filem pasal binatang jah lagi best macam kat netflix tu...

dari tengok filem ni rela lagi kaka tengok ikan duyung hitam muka down syndrome nyanyi under the sea tu....


Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 10:08 AM | Show all posts
Telemovie pon lagi berkualiti kot. ni tahap production org letak kt youtube je.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 10:13 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 15-6-2023 10:06 AM
nauzubillah min zalik...
no wonder bapak toaster smeg tu kena humban keluar dari finas...
filem gi ...

apa dorang fikir masa bagi geran
bingai nya
cerita ni standard kat tv pun waktu bukan puncak
eh pelik2 yg org finas ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2023 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
pembacagosip replied at 15-6-2023 10:02 AM
cerita apa ni.......eeeeeeeeeeeeeeee
buang duit jela 500k buat filem gini
pelakon pun sendu

Euwwwww pengarah dia "saya kacak dulu"
Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
pembacagosip replied at 15-6-2023 10:02 AM
cerita apa ni.......eeeeeeeeeeeeeeee
buang duit jela 500k buat filem gini
pelakon pun sendu

Chuols letak la link ni kat benang lagi 1 tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2023 11:10 AM | Show all posts
bra merah? si lemak punya kah yang tersidai kat beranda tuhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 11:11 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 11:14 AM | Show all posts
kalau citer takat tahap drama sampah pukul 7...baik buat drama jer la....
habih kan doit jer buat filem....
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 01:09 PM | Show all posts
Ewww..sangkak nya cerita ni..dah la pelakon tah papa
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Little Miss Keling tersenyum sinis..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.042722 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list