CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1193|Reply: 9

Carilah kebahagiaan masing-masing - Yusof Haslam

[Copy link]
Post time 15-6-2023 09:08 AM | Show all posts |Read mode
Carilah kebahagiaan masing-masing - Yusof Haslam


Yusof harap Syamsul bertanggungjawab pada anak-anak dan tidak menaruh dendam terhadap Puteri Sarah.


KUALA LUMPUR: Penerbit Datuk Yusof Haslam lega apabila kemelut rumah tangga antara anaknya, Syamsul Yusof dan bekas menantu, Puteri Sarah Liyana berakhir secara baik demi anak-anak.

Bagaimanapun, Yusof berkata, dia tidak menolak sekiranya pasangan itu dapat bersatu kembali.

"Jika ditakdirkan bersatu semula, terserah... Hanya Allah yang tentukan," katanya menerusi mesej yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp.

Bercakap lebih lanjut kepada BH Online, bapa kepada pengarah sensasi itu berharap Syamsul bertanggungjawab terhadap anak-anaknya, Syaikhul, 6, dan Summayah, 4.

"Apa yang berlaku tidak boleh komen lagi, cuma saya lega kerana mereka berpisah dengan cara baik demi anak-anak.

"Bagaimanapun, saya harap Syamsul bertanggungjawab pada anak-anaknya dan mereka tidak menaruh sebarang dendam.

"Saya berharap mereka dapat membersihkan hati dan jiwa dalam melayari kehidupan masing-masing.

"Hidup perlu diteruskan, jangan menoleh ke belakang lagi. Sebaliknya, carilah kebahagiaan masing-masing," katanya.

Tambah Yusof, biarpun Syamsul dan Puteri Sarah sudah bercerai secara rasmi dengan talak satu, namun dia dan isterinya, Datin Patimah Ismail masih menganggap Puteri Sarah sebagai menantu.

"Puteri Sarah tetap kami anggap seperti menantu, malah hubungan dengan bekas besan juga tidak akan terputus.

"Ini kerana anak Syamsul dan Puteri Sarah adalah cucu-cucu kami," katanya.

Sementara itu, Yusof berkata, dia hanya mengetahui perceraian anak dan menantu, petang tadi kerana terlalu sibuk dengan pelbagai urusan hingga tidak sempat membelek telefon bimbit.

Ditanya perasaan isterinya, Yusof berkata, Patimah sedih sehingga menitiskan air mata sejurus mendapat berita perceraian itu.

"Sebagai ibu pastinya isteri menitiskan air apabila Puteri Sarah menghubunginya.

"Namun, isteri minta saya reda walaupun pedih hingga ke jantung hati.

"Kami tetap mendoakan kebahagiaan buat Syamsul dan Puteri Sarah," katanya

Ditanya adakah dia dan isteri bersedia bertemu dengan isteri baru Syamsul iaitu Ira Kazar, Yusof memilih tidak mengulas mengenainya.

Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah berakhir apabila mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, tengah hari ini.

Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, melafazkan cerai talak satu pada pukul 12.23 tengahari di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Akmallluddin kemudian mensabitkan berlaku perceraian talak satu yang berjumlah dua kali yang mana kali pertama berlaku pada 9 Mei 2015, namun pasangan itu kembali rujuk pada hari sama.

Puteri Sarah diarah menjalani tempoh edah selama tiga kali suci dan mendaftarkan perceraian mereka.

Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... masing-yusof-haslam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2023 10:58 AM | Show all posts
Tak habis2 tanya soalan bila nak jumpa birah..bongok jugak wartawan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp apa yg aku paham smlm. Ps sol dh cerak talak 2. Sbb dua kali lafaz dh. Aku pun xsure la mmg xsempat nk bca btul2, bca ringkas2 je smlm. So datuk ni mcm lost info ni.bukan talak 1 tp dh 2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 11:25 AM | Show all posts
klu bercerai, mmg pompuan eh yg kena daftar penceraian tu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
TabletSusu replied at 15-6-2023 11:25 AM
klu bercerai, mmg pompuan eh yg kena daftar penceraian tu?

Rasanya sebab
Perempuan yg mohon perceraian
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Senang beno reporter skang intebiu thru wasep je kan... zubir dulu sampai tersepit2 eskelator nak mengejar cerita
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2023 11:34 AM | Show all posts
tak payah lah gigih nak tanya bila nak jumpa birah...

dah tau isteri tok selam tu pun belum bersedia nak mengadap... ko bayangkan hari raya nanti turun2 dari bilik rumah tengok2 dah dekat penempatan haram rohingya macam dekat langkawi tu... penuh warga asing duk kat sofa dan meja makan...

elok2 pemandangan bukit yang tenang dan indah hujung2 kena hadap pemandangan pasar selayang yang penuh dengan pati tu...

dah la gelap2 semuanya...

ko ghaseeeeeeeeeee???

mujur la si sol tu tak rentung sekali dalam lambo heols tu... kalau tidak dah jadi adik beradik si kazar kulit sama matching dengan mertua dan bini...

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 11:35 AM | Show all posts
TabletSusu replied at 15-6-2023 11:25 AM
klu bercerai, mmg pompuan eh yg kena daftar penceraian tu?

dua2 rasanya.. sbb nanti akan ada surat cerai untuk lelaki dan untuk perempuan

mcm sijil nikah jugak..
satu salinan utk lelaki satu salinan utk perempuan


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2023 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 15-6-2023 11:34 AM
tak payah lah gigih nak tanya bila nak jumpa birah...

dah tau isteri tok selam tu pun belum bersedi ...

Hahaha suka sis komen ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2023 11:51 AM | Show all posts
even tok selam dok ckp soh cari kebahagian memasing, secara berlapik sebenarnya dia dah tin timah berharap sgt jodoh samdol dan PS masih ada di masa hadapan....

klu aku kat tpt si IK dan family, terasa betapa melukutnyer kedudukan aku kat tepi gantang tuh.... sipi pon tok selam ngan tin timah tak pandang...

tapi knowing level pendidikan dan ajaran dalam keluar IK, derang tak peduli pon tuh semua...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.059293 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list