CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 161|Reply: 0

[Terengganu] Orang Terengganu muak makan sotong

[Copy link]
Post time 14-6-2023 10:12 AM | Show all posts |Read mode

LAMBAKAN sotong menyebabkan harganya kini semurah RM26 sekilogram di Pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Lambakan sotong ekoran musim mencandat pada masa ini menyebabkan pengguna di Terengganu seakan-akan muak untuk menikmati hasil laut berkenaan.

Walaupun harga sotong di pasar-pasar utama di bandar raya ini dan Kuala Nerus terus menurun sehingga RM26 sekilogram, permintaannya didapati tidak banyak meningkat.

Seorang peniaga, Azmi Mohamad, 58, berkata, walaupun bekalan banyak, jualan sotong agak statik terutama sejak berakhirnya musim cuti persekolahan minggu lalu.

“Lebihan penawaran daripada permintaan ini menyebabkan harga sotong terus menurun ke paras terendah dalam tempoh tiga tahun.

“Sebagai perbandingan, sotong pada musim mencandat tahun lalu boleh dijual pada harga lebih RM50 sekilogram,” katanya ketika ditemui di Pasar Chabang Tiga di sini semalam.

Seorang lagi peniaga, Abd. Ghani Che Him, 47, berkata, segelintir pengguna tidak membeli sotong di pasar kerana boleh mendapatkannya pada harga lebih murah di jeti daripada pemancing yang pulang mencandat.

Tambahnya, tidak kurang juga yang mencandat sendiri sotong di sekitar perairan negeri ber­kenaan.

“Sebenarnya kualiti sotong candat kurang sedikit dan cepat ‘merah’ berbanding yang dijala nelayan, sebab itu ia dijual lebih murah.

“Apa pun, saya percaya harga sotong di negeri ini akan kembali stabil apabila musim mencandat mula mereda pada bulan Ogos depan,” katanya.

Ab. Ghani berkata, dia mengedarkan lebihan sotong terbabit ke Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang dengan harapan harga dapat distabilkan secepat mungkin.

Sementara itu, seorang peniaga makanan laut, Wan Saiful Wan Manan menganggap penurunan ketara harga sotong tersebut adalah rahmat bagi peniaga makanan laut sepertinya.

“Banyak kos bahan mentah dapat dijimatkan yang membolehkan harga menu berasaskan sotong di kedai makan saya diturunkan sedikit,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... -muak-makan-sotong/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.277935 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list