CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 135|Reply: 0

Mir terpaksa lupakan GP Jerman

[Copy link]
Post time 14-6-2023 09:59 AM | Show all posts |Read mode

MIR tidak beraksi di GP Jerman. FOTO Agensi

London: Joan Mir akan terlepas perlumbaan Grand Prix (GP) Jerman selepas mengalami kecederaan di tangan ketika terbabit kemalangan semasa latihan di GP Itali minggu lalu.

Bekas juara dunia itu terhempas di pertengahan sesi latihan kedua dan dilihat mengalami kesakitan.

Honda minggu lalu berkata, pemeriksaan di tangan kanannya mendapati terdapat kecederaan di jarinya.

Mir dalam satu kenyataan di media sosial berkata, pemeriksaan itu mendapai terdapat lebam yang agak ketara di tangan kanannya.

"Saya tidak akan dapat menyertai Grand Prix Jerman yang akan datang. Memandangkan ia adalah kecederaan yang mengehadkan pergerakan tangan, saya perlu mendapatkan rawatan terbaik untuk pulih sepenuhnya," katanya.

Kecederaan terbaru dialami Mir itu menambah musim pertama yang mengecewakannya bersama Honda di mana pelumba berusia 25 tahun itu sudah terbabit dengan beberapa insiden kemalangan sebelum ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-lupakan-gp-jerman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.060769 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list