CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1398|Reply: 13

Masalah menjadi boss di tempat kerja

[Copy link]
Post time 13-6-2023 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Hai cuols.

Meols merupakan pegawai di ofis meols ni. Kiranya orang kanan boss meols iaitu head of department (HOD) tempat meols bekerja sekarang. Meols ada in total 20 staff bawah jagaan meols. Untuk pengetahuan cuols, sepatutnya ada seorang lagi pegawai (gred ud52 ke atas) di antara boss meols dan meols, tapi tak tau kenapa, theyols kerap bertukar ganti. Salah satu gosipnya adalah boss meols yang sangat cerewet dan workaholic, which is true dan pegawai-pegawai tu tak tahan dengan boss meols.

Meols ada juga beberapa penolong pegawai dari gred 29-36, yang 36 ada 2 org, sorang nak pencen dan yang sorang tengah cuti bersalin. Disebabkan jawatan dan gred deyols sama, maka deyols ni tidak sebulu. Meols tak tahu kenapa, tapi bila meols masuk kerja, perangai deyols memang begitu.

Sejujurnya meols bukanlah jenis lantang atau laser, dan meols agak lembut. Mungkin disebabkan tu pekerja bawahan meols agak naik lemak (tak semua). Meols bukanlah jenis marah tak tentu pasal, tapi kalau ada salah, meols akan tegur secara berhikmah sbb meols anggap deyols kolig meols. Tapi even staf meols yg 36 nak pencen tu pun, sheols dah naik kepala siap tolak kerja ke meols. Meols macam aik? Siapa bos?

Kalau ada sesiapa yang ada pengalaman menjadi bos atau tau mcm mana nak jadi bos yg baik, tapi garang, nasihatila meols. Meols dah penat last-last kerja dapat ke meols. Boss meols pulak semua benda nak cepat-cepat.

Tengkius.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2023 10:33 PM | Show all posts
kwn iols keje gomen ada juga hadap yg mcmni masa dia keje admin
iols rasa tu fasa paling stress dia spjg dia keje
i assume penolong pegawai tu mcm EO level la kot ek sbb dia salu ckp bawah dia ada EO, pastu CC pastu kerani2 cmtu
yg problematic salunya EO dia tu
keje dia salu dia suruh anak buah dia buat smp anak2 buah mengadu
dia x berani dgn kawan aku tu sbb kwn aku tu bagi aku walaupun tak garang tapi muka jenis straightface

tp disebabkan kerani2 dia salu mengadu yg drg kena buat keje eo tu
apa yg dia buat adalah dia minta weekly report keje masing2 yang dihantar melalui emel
then dr situ dia trace la keje EO dia tu
EO dia tu bila keje xde, xkan dia nak report 0 je kan tiap2 minggu
lagi 1, kwn aku akan dtg tiba2 minta keje yg dia bagi kt EO tu smp dia gelabah
kalau dia ckp dia minta kerani buatkan, kwn aku suruh dia amik balik keje tu da buat sendiri.. smp dia penah berdiri belakang EO tu tgk EO tu buat keje kt PC la
kwn aku kata eo dia ni bukan xtau buat keje tp dia da stagnant agaknya da lama buat keje sama sampai tepu agaknya dan lagi 1 dia lagi suka buat keje sampingan macam arrange sukan ke, aktiviti luar utk department ke tp keje opis sdr dia pass kat staff2 lain pula


tp bukan la smp tahap hari2 kena ketuk, kena pandai main terjah ikut timingnya
then utk org tua yang tolak keje kt bos, bos mmg kena firm yg keje dia bagi org tu je kena buat. xbuat xpe, dia akan hantar kaunseling, slow talk, bagi surat tunjuk sebab dll smp penah dibawa ke tatatertib. gitu je la dia buat.

walaupun kwn iols tu rasa dia kejam, tp dia rasa itu tggjwb dia dan xadil utk dia bebankan kerja org yg xperform ni kpd org yg perform. setakat dia keje kt department tu dia kata dia da masukkan 2 ke tatatertib dan dibuang kerja (dadah & xdtg kerja) dan 1 org dia hampir masukkan ke tatatertib tp mujur staff tu sedar diri cepat. yg kena potong gaji sbb cuti suka hati pun da bbrp org kena juga...so berdasarkan pengalaman kawan iols ni, u kena ada sesi bersemuka, bagi tunjuk ajar kt anak buah u tp kalau xjalan juga, u buat je tggjwb u sbg bos ikut undang2.cuma part nak lalu undang2 ni byk sket la keje nya. hihi. semoga bertabah!
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 08:48 AM | Show all posts
apabila byk sgt pegawai berpindah patutnya pengurusan atasan kena alert. ada setengah tempat mereka buat sepakat utk maklumkan mereka tak mahu bos sebegitu. bila dah ada surat baru atasan nak turun ke bawah melihat apa masalah yg berlaku. ada kes bos2 begini akan dipindahkan atau 'disejuk bekukan' supaya tak menjadi masalah kepada seluruh organisasi.

penjawat awam kerap diajar tidak menolak atau 'NO' kepada setiap arahan. itu yg menjadi penyakit. yg atas arah je pandai. buat sana sini tapi klu bab lawatan luar negara laju je mereka nak join. bila balik sibuk suruh org lain buat walhal org yg tak ikut tak tahu apa2 yg bos tgk dan pelajari di luar negara.

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 09:13 AM | Show all posts
jadi boss ni cakap kena short and sharp
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 10:15 AM | Show all posts
setuju dengan Ros, lemah lembut takde masalah untuk jadi boss so long you faham role you. So pertama kena set kat mind, kawan kerja so its kerja...konsep nak cari kawan bekerja atau bekerja dan pastikan kerja semua siap.

So long kita respect each other but FIRM.

Make it clear you is the boss. Maybe ni fasa baru utk TT so slowly u kena adapt being a boss...slowly u can manage. Pekakkan telinga dgn gossip among them and just do what u need to do. And selalu baca doa bila nak gi keje, ayah sy selalu pesan Bismillah is a very powerful ayat to start with ur day.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 11:07 AM | Show all posts
Kena always draw a line dan be firm..
Once in a while kena flex your muscle.. kalau tak nanti orang2 bawah akan naik lemak..
Practice accountability... be clear about it.. make sure staff u tau diorang accountable for whatever benda yang diorang responsible for..

Last sekali.. dont be afraid to the bad guy.. jadik boss tak boleh nak happykan semua orang.. boleh je kalau nak.. tapi at the expense of your own happiness la..

Aku bukan gomen.. so mungkin banyak perbedaan.. tapi in general should be the same la.. One thing.. memang mencabar kalau nak manage staff2 yang super senior dan menunggu masa nak pencen..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2023 11:14 AM | Show all posts
rospinki replied at 14-6-2023 09:13 AM
jadi boss ni cakap kena short and sharp

Ya aku setuju. Aku tambah sikit. Satu lagi jadi bos kena tunjuk benda betul. Contoh mai opis awal, balik jangan sharp jam 1700 plak..lajak la sikit. 1730hrs pon jadi la.. Jadi boss jangan join membawang. Pastu nak enhance power authority tu kena kerap nampak berdamping dengan Boss. Bukan suruh berkepit tapi nampak la kita ni 2nd thinker after our boss. Aku pon tengah belajar jadi boss gak ni. Break a leg ok buddy.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2023 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Same situation sampai rasa depress sgt...position iolls sbg boss baru 2tahunn...new life n new journey...mula2 Tu cntik sgt perjalanan sbb xknl LG watak masing....bila dh strt knl watak masing...iolss jd stress...dgn org bwh yg mcm2 peel....smpai misscarriage....sedih sgt...stress induced
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2023 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena ada gap dengan orang2 bawahan... jangan mesra takde gap.. nnti depa tak hormat
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2023 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku berpengalaman jadi bos kat unit aku selama 6 thn...alhamdulillah tahun ni aku dah pindah unit lain dan x jadi bos lagi...hepi sgt

Sepjg jadi bos, mmg kena firm dgn decision u..pastu hati kena kering la bila kena kutuk dgn anak buah dek kerana ko nak firm dgn decision tu..

Sempatla aku depress smpi jumpa psikiatri 2 tahun terakhir aku jadi bos tu...

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by vanilla_vell at 18-7-2023 02:24 AM

Iols keje swasta, dekat 10 tahun, lepas tu join gomen.

Pandangan, sistem gomen ni bagus. Semua ada sistem dan job scope masing-masing.

Memang ada jenis yang berakor. Pemalas. Dah selesa sangat.

Apa yang boleh buat:
1. Bos kena bagi contoh yang baik
2. Setiap PIC kena buat job scope masing-masing
3. Kerja-kerja memang kena perincikan dan masuk dalam Sub-SKU, walaupun kerja remeh²
4. Paling penting, arahan kerja kena bertulis (emel) dan ada dateline.
5. Kena rajin follow-up
6. Pastu peel acik-acik gomen ni, bila dibagi kerja mula la tarik muka, x nak cakap, abaikan je. Kerja bagi je macam biasa
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
You nak advice dr orang kerja kkm yg merupakan ketua jabatan di utara nak tak? Kalau nak, i bg no dia. PM I kalau you nak. Dia a very good boss sbb department dia very hsppening dan flow elok ja
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 04:12 PM | Show all posts
Bila banyak sgt pegawai lari you pengurusan or boss kena alert, why jadi benda macam tu. Tengok cara kita dengan staff juga
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2023 11:06 PM | Show all posts
jadi bos kat tempat kerja perlu hikmah dan ilmu, juga bisa menghormati bawahan juga dengan bijaksana menjadi sumber solusi. kita bos kena tanggung jawab juga membangun lingkungan kerja yang happy and produktif
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.067099 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list