CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1047|Reply: 9

Kacak Sanggup Jadi Pemain Kelantan FC Tanpa Gaji, DS Vida Janji Tiada Jersi Warna Pink

[Copy link]
Post time 13-6-2023 06:42 PM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini, Dato’ Seri Vida telah meluahkan hasrat mengambil alih semula pasukan Kelantan FC.


Menerusi temu bual yang disiarkan di Nadi Weekend, Vida memaklumkan yang dia bersimpati melihat situasi yang berpangkalan di Pantai Timur itu.


Dia sangat berharap pemilik semasa dapat menyelesaikan masalah tunggakan gaji kepada pemain atau menyerahkan kepadanya untuk diuruskan.


Foto: IG




“Kepada peminat bola sepak Kelantan FC, saya mengharapkan pasukan ini mampu meningkat ke tahap yang lebih tinggi dan saya berharap pemilik semasa kelab mampu melakukannya dan jika tidak, serahkan kepada saya.


“Jika saya meminta untuk mendapatkan kelab ini, ia akan menjadi situasi yang berbeza. Saya ingin memberitahu jika mereka mampu untuk terus memacu kelab, silakan dan jika tidak, saya sedia menerima dan terus meningkatkan lagi pasukan ini."







Ujarnya, jika dia kembali menjadi pemilik pasukan Kelantan FC, perkara pertama yang akan dilakukan adalah membawa pasukan ke tahap sepatutnya dan tiada lagi jersi berwarna ‘pink.


“Saya mahu cuba untuk membawa pasukan ke tahap yang sepatutnya, bukannya berada di kedudukan yang tercorot,” katanya.


“Tak perlu dah warna ‘pink’, kalau nak cat stadium warna pink pun makan kos berjuta-juta juga.


“Jersi warna pink dah tak perlu sekarang, yang penting pasukan Kelantan sekarang sepatutnya berada di antara tangga teratas liga tahun ini ataupun musim depan."


Tak hanya itu, anak lelakinya, Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin atau biasa dipanggil Kacak pula meluahkan hasrat bermain untuk pasukan The Red Warrior itu dan sanggup tidak dibayar gaji  asalkan mampu membawa pasukan ke tangga yang lebih selesa.


“Bagi pandangan saya ketika ini, saya lebih memilih untuk menjadi pemain Kelantan tanpa gaji pun tak apa.
“Kenapa saya nak jadi pemain sebab Kelantan kita tengok saya rasa sedih, sebab dulu Kelantan adalah pasukan yang digeruni ramai.


“Tapi sekarang kita tengok Kelantan, kita dah tahu itu ‘free point’ untuk pasukan lain menang, tapi tak apa mungkin satu hari bila Mama (DSV) dah ambil semula Kelantan mungkin kita boleh ‘go forward’ dan ‘lead’ pasukan macam dulu,” jelasnya.


Untuk rekod, Vida pernah mewarnai Liga Malaysia (Liga M) pada musim 2015 dan 2016 selepas dia menaja TRW dengan nilai RM16 juta selama dua musim.


Antara perubahan dilakukan Vida termasuk mengecat semula Stadium Sultan Muhammad IV dengan warna merah jambu selari dengan warna tema syarikatnya serta menjenamakan semula nama pasukan sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW).-CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2023 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
jadi tukang kutip bola jer lah, tak pun jadi maskot jer..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sanpaku eyes rupanya ya cik b ni ya.

Semoga baik-baik saja. motip tetiba i terpengaruh dengan myth pemilik sanpaku eyes ni..

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 07:12 PM | Show all posts
bagi je lah kat acik vida tu... boleh la dia bayar gaji2 pemain pakai duit scam yang dia duk scam pelabur2 tu...

kurang2 kita scam dia balik... tak gittuuuhhhh...

btw beria betul ko macam kacak tu nak main sangat bola... padahal cik b tu yang nak jadi keeper kan...

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 07:59 PM | Show all posts
dolu ada kabel tan sri annuar musa bohhh...
la ni dah takdak jawatan dlm umngok mana nak cekau pitihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2023 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Bole percaya ker...gebang lebih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2023 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
dulu dah penah pn kan. mcm tu jugak kelate fc. la ni nk buat kambek? ayoo. sedihnye tgk team bola dh rupe mcm team bola sekolah.

baik ko g bayar balik duit yg ko dh scam bidahkoin tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 01:48 AM | Show all posts
Kalau Vida ambil kelab bola K'tan ni, the very first thing ialah membayar gaji pemain2 boleh trs, baru boleh atur visi seterusnya.  Bayak duit Vida nak beli kelab bola ni ye.  Anak dia nak jadi pemain kelab ni, Kacak tu memang kaki bola ke.  Ada bakat ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2023 08:09 AM | Show all posts
pemain simpanan sudahlah...janji nasib pasukan terbela. kang merajuk Vida xjadi beli pula dari zam
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 09:19 AM | Show all posts
watevahhhhhhhh bidah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.060876 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list