|
Wanita yang memohon maaf dan memadam akaun TikTok selepas membuat dakwaan dihamilkan artis lelaki Malaysia baru-baru ini, kembali membuat hantaran dengan mengakui dia sebenarnya takut untuk mendedahkan identiti artis terbabit.
Gambar hiasan
Sebelum ini, pendedahan dibuat wanita itu menjadi hangat dan disensasikan lagi apabila ramai memetik nama penyanyi dan pelakon Ismail Izzani.
Ibu Ismail iaitu Datin Suliza Salam kemudian tampil menafikan dakwaan tersebut dan mempertahankan anaknya.
Dalam pada itu, syarikat pengurusannya, World Peace Entertainment menegaskan pihaknya memandang serius perkara itu dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terus mengaitkan nama Ismail dengan hantaran berkenaan.
Sumber: BeautifulNara |
|