CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

MMC kembali gegar arena motocross Malaysia

[Copy link]
Post time 13-6-2023 04:31 PM | Show all posts |Read mode
MMC kembali gegar arena motocross Malaysia


HANNAH (tengah) bersama pelumba cilik yang akan bersaing pada MMC untuk musim kali ini.


KEJUARAAN Motocross Malaysia (MMC) kembali menggeggar arena perlumbaan dengan saingan lebih mencabar selepas hadir dengan lima pusingan perlumbaan iaitu di Pulau Pinang, Selangor, Putrajaya, Pahang dan Johor.

Kejohanan anjuran Kelab Motocross TQMX itu akan bermula pada bulan hadapan dengan Pulau Pinang akan menjadi lokasi pembuka tirai dan akan berakhir di negeri Selatan, Johor pada Disember depan.

Naib Presiden MMC, Azlan Shah berkata, MMC 2023 akan dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan serta Persatuan Permotoran Malaysia dengan pertambahan tiga kategori baharu.

“Bagi edisi 2023, tiga kategori baharu akan dianjurkan iaitu 50cc rookie dan 65cc yang berumur 12 tahun kebawah, satu lagi kategori baharu ialah MX125cc iaitu persediaan kepada pelumba untuk memasuki semi pro.

“Kategori utama yang akan dipertandingkan ialah MX50, MX65 dan MX85. Kami berharap, penganjuran pada tahun ini akan menarik lebih ramai pelumba muda bagi mencungkil bakat-bakat baru,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran MMC 2023 semalam

Mengulas lanjut, Azlan berkata, sehingga kini, penyertaan untuk MMC 2023 masih dibuka kepada pelumba-pelumba dari dalam dan luar negara dan mereka yang berminat boleh menghubungi pihak penganjur.

Perlumbaan MMC 2023 turut mendapatkan bantuan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh selepas mengumumkan peruntukan menteri sebanyak RM10,000 untuk menyokong penganjuran kejohanan tersebut.

“Hari ini saya umumkan peruntukan menteri sebanyak RM10,000 bagi menyokong penganjuran MMC 2023. Saya percaya, kejohanan ini penting untuk anak-anak muda mempamerkan bakat masing-masing.

“Untuk penganjuran tahun hadapan, saya berharap MMC membuat permohonan kepada kementerian menerusi geran padanan sukan untuk menganjurkan kejohanan sebegini.

“Saya Percaya, penganjuran kejohanan sebegini bukannya murah. Jadi, penganjur boleh buat permohonan kepada kita, penganjur perlu bayar dahulu dan buat tuntutan dengan melampirkan data-data seperti penyertaan dan jumlah perbelanjaan,” katanya ketika berucap melancarkan perlumbaan tersebut di Putrajaya semalam.

Sebagai rekod, penganjuran MMC yang berlangsung sebanyak empat pusingan musim lalu mendapat perhatian apabila seramai 479 pelumba menyertai perlumbaan bertaraf kebangsaan tersebut. Saingan itu turut mendapat penyertaan 32 pelumba daripada negara jiran iaitu Singapura.


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... motocross-malaysia/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.133671 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list