CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRN: Jangan putus silaturahim kerana perbezaan politik - Mufti Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 13-6-2023 01:36 PM | Show all posts |Read mode
PRN: Jangan putus silaturahim kerana perbezaan politik - Mufti Pulau Pinang


Jun 13, 2023 @ 1:11pm



Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor



GEORGETOWN: Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengingatkan umat Islam supaya tidak bersikap ekstrem dan terlalu taksub dalam berpolitik sehingga sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan.

"Banyak ayat al-Quran dan hadis yang mewajibkan hubungan silaturahim antara adik-beradik dan kaum kerabat serta mengharamkan perbuatan memutuskan hubungan ini kerana ia adalah dosa besar sehingga ada hadis yang menegaskan bahawa seseorang yang berbuat demikian tidak akan masuk syurga," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut menyarankan pemimpin parti politik di pihak kerajaan mahupun pembangkang, supaya menjelaskan perkara itu kepada pengikut masing-masing.

"Janganlah mereka menjadi batu api yang memecah-belahkan perpaduan umat Islam," katanya.

Wan Salim berkata semua pihak mesti berusaha untuk memperkukuh kesatuan dan perpaduan umat Islam, malah antara sesama warga Malaysia pelbagai kaum. – BERNAMA








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.400606 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list