CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 158|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua bot nelayan asing dikesan curi hasil laut negara

[Copy link]
Post time 13-6-2023 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Dua bot nelayan asing dikesan curi hasil laut negara

oleh  MOHD ISKANDAR OTHMAN  13 Jun 2023   12:28pm





Antara nelayan asing warga Indonesia yang ditahan Maritim Malaysia.




GEORGETOWN - Dua buah bot nelayan asing dari Indonesia dikesan melakukan aktiviti menangkap ikan dalam kawasan perairan negara di negeri ini, pada Ahad lalu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, dua bot terbabit ditahan di kedudukan 28 dan 30 batu nautika barat daya Pulau Kendi kira-kira jam 10.13 pagi oleh anggota Maritim yang melakukan rondaan Op Pertiwi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan terhadap bot pertama mendapati ia dikendalikan oleh empat kru termasuk tekong bersama hasil tangkapan seberat lebih kurang 400 kilogram (kg) ikan.

Abd Razak berkata, dalam bot kedua pula, terdapat empat kru warga Indonesia termasuk tekong serta hasil tangkapan ikan dianggarkan sebanyak 100kg.



500 kilogram hasil tangkapan dirampas.





"Kesemua kru yang berada di kedua-dua bot berkenaan berumur lingkungan 13 hingga 20 tahun gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.

Ujarnya, kedua-dua bot tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15 (1)(A) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di dalam perairan perikanan Malaysia tanpa permit yang sah dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu memasuki Malaysia tanpa memiliki pas yang sah.

Katanya, kesemua kru, bot, dan hasil tangkapan ikan campur seberat 500kg ditahan dan dibawa ke Jeti Limbongan Batu Maung untuk tindakan lanjut.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 1.097429 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list