CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 172|Reply: 0

[Perlis] Premis judi: Pembangkang persoal ketelusan Perlis

[Copy link]
Post time 13-6-2023 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Premis judi: Pembangkang persoal ketelusan Perlis


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



Gan Ay Ling.




Kangar: Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Perlis kecewa dengan tindakan kerajaan negeri yang dilihat tidak telus berhubung status lesen operasi premis perjudian di negeri itu.

Ketua Pembangkang, Gan Ay Ling mendakwa Majlis Perbandaran Kangar (MPKPs) tidak lagi memperbaharui lesen premis perjudian di negeri itu meskipun kerajaan negeri masih belum mengeluarkan sebarang keputusan atau tindakan terhadap isu berkenaan.

"Perkara ini adalah sesuatu yang mengecewakan kerana tidak ada ketelusan di peringkat kerajaan negeri terutama ketika Sidang Dun Perlis pada Mac lalu di mana Menteri Besar (Mohd Shukri Ramli) sendiri memberitahu tiada sebarang keputusan lagi dibuat berhubung perkara berkenaan (pelesenan premis perjudian) setakat ini.

"Berdasarkan maklum balas daripada kerajaan negeri semasa Sidang Dun berkenaan, lesen perjudian ini dikeluarkan Kementerian Kewangan namun premis itu berada dalam tanggungjawab kerajaan tempatan dan sebarang keputusan terhadap isu berkenaan akan dikaji terlebih dulu sebelum sebarang tindakan diambil.

"Namun begitu, baru-baru ini MPKPs sudah pun mula mengeluarkan notis pemakluman kepada premis perjudian ini yang memberitahu lesen tidak akan diperbaharui lesen premis perjudian di negeri ini.

"Jadi dalam hal ini saya menjadi keliru apabila mengapa hal seumpama ini hendak dilakukan secara rahsia. Mungkinkah mereka (kerajaan Perikatan Nasional) berasa khuatir terhadap impak yang bakal berlaku terhadap mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang ini sekiranya perkara ini tidak diselesaikan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perlis, Fakhrul Anwar Ismail ketika dihubungi berkata, tidak wujud isu ketelusan kerajaan negeri dalam tidak lagi memperbaharui lesen perniagaan premis perjudian di negeri itu.

"Ini adalah langkah kerajaan negeri dan memang tiada pemakluman media dikeluarkan berhubung pelaksanaan langkah berkenaan (tidak perbaharui lesen premis perjudian) dan kita memang ke arah Perlis Bersih Premis Judi dalam masa terdekat ini.

"Pemilik premis perjudian di negeri ini juga sudah dimaklumkan MPKPs sejak bulan Mac lalu dan akan disambung pada Julai dan Oktober ini dan selaras dengan prinsip kita, tempoh operasi premis ini memang tidak akan disambung jadi tidak wujud isu ketelusan kerajaan negeri di sini dalam tidak memaklumkan pemilik premis mengenai perkara ini," katanya.



Disiarkan pada: Jun 13, 2023 @ 11:13am












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.262097 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list