|
Menerusi XTRA, Shaheizy Sam berkongsi mengenai perkara yang orang ramai tidak mengetahui tentangnya.
Selalu membawa watak komedi namun, Sam mengakui bahawa dia seorang yang serius terutamanya ketika bekerja.
Foto: IG
“Yang orang tak tahu sebenarnya Sam seorang yang sangat serius, jarang bercakap bila tak perlu. Kadang-kadang mungkin orang ingat Sam ni sombong tapi sebenarnya itulah diri Sam”
Malah dia gemar termenung dan bercakap seorang diri.
“Saya selalu termenung, bercakap sorang-sorang. Haa… itu tabiat Sam sebab saya selalu bekerja dalam kepala. Bila dapat idea dia akan bercakap sendiri pastu baru tersedar ‘eh apa aku buat ni’
Tambahnya, “Sam jarang serius tapi bukan sentiasa akan bergurau. Bila berjumpa dengan orang bukan waktu bekerja saya bergurau dengan orang tapi muka serius selalunya. Kadang orang confused ini bergurau ke betul-betu".-CARI
|
|