CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 190|Reply: 0

[Pulau Pinang] BN Pulau Pinang akan diberi lebih dua kerusi - Kon Yeow

[Copy link]
Post time 12-6-2023 04:42 PM | Show all posts |Read mode
BN Pulau Pinang akan diberi lebih dua kerusi - Kon Yeow

oleh    SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI   12 Jun 2023    02:21pm





Kon Yeow (dua dari kanan) melancarkan Pelan Ekonomi Pulau Pinang di Penang Institute, pada Isnin.




GEORGETOWN - Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang bakal diberikan lebih dua kerusi untuk bertanding di dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

BN Pulau Pinang ketika ini hanya mempunyai dua kerusi iaitu Permatang Berangan dan Sungai Dua manakala Pas memenangi satu kerusi iaitu Penaga.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, BN dan parti komponennya berpotensi untuk memperoleh lebih kerusi daripada yang disandang ketika ini.

"Mengikut prinsip penyandang, mereka (BN) ada dua kerusi tetapi masih ada ruang yang mana, kerusi-kerusi sebelum ini dimenangi oleh pihak lain (Pas dan Bersatu).

"Inilah ruang untuk mengagihkan kerusi-kerusi itu kepada BN dan oleh itu, mereka berpotensi untuk mendapat lebih kerusi daripada apa yang disandang ketika ini," katanya ketika menghadiri Majlis Pelancaran Pelan Ekonomi Pulau Pinang di Penang Institute, di sini pada Isnin.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pada Pilihan Raya Umum 2018, PH telah memenangi 37 kerusi, ketika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih menjadi sebahagian daripada PH.

Selepas Bersatu keluar daripada gabungan PH dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR dipecat daripada parti dan kemudiannya menyertai PPBM, empat kerusi itu, Seberang Jaya, Sungai Acheh, Teluk Bahang dan Bertam jatuh di bawah Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, keempat-empat mereka diusir daripada Dewan Undangan Negeri pada Mac lalu selepas Dewan meluluskan usul untuk memaksa mereka mengosongkan kerusi mengikut undang-undang anti lompat parti.



Dalam pada itu, Kon Yeow mengesahkan tiada lagi perbincangan di peringkat negeri berhubung pengagihan kerusi untuk PRN di Pulau Pinang.

"Mesyuarat di peringkat Pusat masih berterusan yang mana, keputusan di peringkat negeri akan dibuat di peringkat Pusat," katanya.

Sebelum ini, PH dan BN Pulau Pinang telah mengadakan tiga kali mesyuarat iaitu dua diadakan di negeri ini manakala satu di ibu negara.

Bagaimanapun, tiada keputusan telah dibuat dalam ketiga-tiga mesyuarat tersebut.

Pada Mei lalu, Kon Yeow mengumumkan bahawa BN akan diberi peluang untuk mempertahankan dua kerusi penyandangnya di Pulau Pinang pada PRN ini.

Kata beliau, keputusan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat yang diadakan sebelum ini memutuskan bahawa semua kerusi akan kembali kepada parti penyandang masing-masing.

Beliau menambah, berdasarkan prinsip yang dipersetujui iaitu semua kerusi akan kembali kepada parti penyandang, PH tidak akan meminta kerusi-kerusi berkenaan daripada UMNO atau BN.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.601751 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list