CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 157|Reply: 0

[Kedah] Jalan 'berhantu' menanti mangsa

[Copy link]
Post time 12-6-2023 12:52 PM | Show all posts |Read mode
Jalan 'berhantu' menanti mangsa


Noorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my



JALAN Gurun-Jeniang kerap berlaku kemalangan maut.




Sungai Petani: Melalui jalan tanpa lampu sepanjang tiga kilometer pada waktu malam dengan kawasan kelilingnya kebun getah, ladang sawit dan semak samun sangat tidak menyenangkan.

Namun itu yang terpaksa dihadapi pengguna Jalan Gurun-Jeniang dekat Kuala Muda di sini sejak hampir 16 tahun lalu apabila jalan persekutuan dua lorong itu siap tanpa kemudahan lampu.

Natijahnya, hampir setiap bulan berlaku kemalangan termasuklah kemalangan maut.

Penduduk Kampung Batu 8 yang berhampiran jalan itu mendakwa ada mangsa kemalangan ditemui selepas 12 jam kerana terjatuh dalam cerun dan semak di tepi jalan dekat ladang sawit.

Menurut Azhar Ali, 48, jalan itu yang berselekoh selain garis putih yang semakin pudar sangat mengelirukan pengguna pada waktu malam.

"Jalan ini sebenarnya agak 'berhantu' selain ia sudah banyak ditampal sana sini, dan apabila dua lorong, banyak kenderaan yang akan laju.

"Ada selekoh yang tidak semua (pemandu) akan perasan terutama penunggang motosikal sehingga ada yang maut jatuh ke bawah cerun di sebalik semak samun.

"Ada mangsa yang hanya ditemui selepas matahari naik," katanya ketika ditemui.

Bercerita lanjut, Azhar berkata, jalan itu juga menjadi tempat lembu, babi dan binatang lain termasuk monyet dan ular melintas terutama di kawasan Jentayu, sekali gus berisiko kepada pemandu

Sementara itu, peniaga kedai makanan di laluan berkenaan, Mohd Yusuf Abdullah, 65, berkata, dia sudah menyaksikan beberapa kemalangan termasuk kes ragut yang berlaku di depan matanya.

"Kisahnya babitkan ibu dan anak yang menaiki motosikal pada waktu Subuh untuk ke tempat kerja, menghala ke Gurun, saya lihat sendiri mereka (beg) diragut oleh dua lelaki yang juga menaiki motosikal.

"Dua beranak itu terjatuh dan mengalami luka di tangan dan muka. Waktu itu suasana masih gelap, memang peragut mudah ambil kesempatan apatah lagi tiada lampu jalan," katanya

Sementara itu, penduduk Sahida Saad, 55, berkata dia pernah terbabit kemalangan di laluan itu apabila kereta yang diparkir di bahu jalan akibat kehabisan petrol dilanggar dari belakang oleh penunggang motosikal.

"Jalan di sini memang sukar apabila ada selekoh yang mengelirukan ditambah pula garisan putih yang semakin pudar, ada orang ingat jalan ini lurus yang akhirnya menyebabkan mereka terbabas ke dalam semak," katanya.

Sahida berkata, dia sangat berharap pihak kerajaan dapat mengambil tindakan segera dengan memasang lampu jalan di situ bagi mengelak kejadian tidak diingini berleluasa.




Disiarkan pada: Jun 12, 2023 @ 6:30am










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 1.127662 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list