CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 163|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang kena bagi orang cerdik perintah - PM

[Copy link]
Post time 12-6-2023 10:35 AM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang kena bagi orang cerdik perintah - PM

[size=0.8][size=0.9]BERNAMA



ANWAR menghadiri Majlis Perasmian Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan Tahun 2023M/1444H di Pusat Konvensyen PICCA @ Butterworth Arena. FOTO Bernama



Balik Pulau: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meminta rakyat Pulau Pinang terus memberikan peluang kepada pemimpin Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang untuk memerintah negeri itu.

Beliau berkata, dengan hubungan baik antara beliau dan Ketua Menteri Cow Kon Yeow, tentunya beliau di peringkat Kerajaan Pusat akan sentiasa membantu Pulau Pinang dalam menyelesaikan apa sahaja masalah yang timbul.

"Pulau Pinang kena bagi orang cerdik perintah, saya ingin terangkan bahawa kita kena faham betul-betul. Dulu ada orang kata kalau Anwar perintah habis orang Melayu (dan) tutup habis sekolah agama. Dulu masa kempen orang kata bila Anwar jadi Perdana Menteri tudung semua tak boleh pakai, habis ini (orang-orang pakai tudung) apa.

"Jadi saya minta Pulau Pinang terus kukuh (di bawah PH), saya berhubung rapat dengan Ketua Menteri, apa yang boleh Kerajaan Pusat selesaikan kita bantu selesaikan, apa yang perlu negeri selesaikan, negeri selesai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi ramah mesra bersama warga Balik Pulau di pasar malam di perkarangan Masjid Daerah Barat Daya, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar juga menafikan dakwaan bahawa beliau tunduk dengan DAP dalam menjalankan urusan-urusan pentadbiran negara.

Katanya beliau juga tidak boleh 'dibeli' oleh mana-mana pihak seperti dakwaan pihak tertentu.

"Betul DAP ini kawan kita, kita bagi jawatan dekat dia, tapi bos siapa dia, hang ingat aku bodoh.

"Anthony Loke Menteri Pengangkutan, dia ikut dasar bawa ke Jemaah Menteri, Perdana Menteri setuju baru jalan, saya ni kalau hampa maki macam mana pun, tetapi nak beli Anwar Ibrahim tak boleh," katanya.

Sementara itu, Anwar berkata beliau akan meneruskan reformasi negara dengan mengubah negara ini ke arah kebaikan, dengan sedaya upaya.

"Enam bulan pertama ini, depa tanya Anwar buat apa kerja...saya nak bagitahu saya buat kerja mengubah ke arah kebaikan dengan sedaya upayanya dan bantu rakyat yang miskin terutama miskin tegar.

"Negara ini kaya tapi hilang banyak, jadi apa yang perlu dilakukan ialah hentikan amalan curi harta rakyat. Tidak kira hang pakai serban, baju kot atau semua, Tan Sri ka, Tun ka, atau daripada parti manapun, kalau hang curi duit, kita perosok (masukkan) bilik saya di Sungai Buloh (penjara) kosong lagi," katanya.



Disiarkan pada: Jun 11, 2023 @ 11:37pm











Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.053708 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list