CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 163|Reply: 0

[Pulau Pinang] Warga asing maut ditikam, 3 lelaki ditahan polis

[Copy link]
Post time 12-6-2023 10:07 AM | Show all posts |Read mode
Warga asing maut ditikam, 3 lelaki ditahan polis


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



ANGGOTA polis mengiringi tiga lelaki untuk mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Butterworth di sini, semalam bagi membantu siasatan seorang lelaki dengan kecederaan maut ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Seberang Jaya dalam kejadian awal pagi Sabtu. FOTO DANIAL SAAD




Butterworth: Tiga lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes seorang lelaki warga asing yang maut akibat ditikam di bahagian perut dalam kejadian awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.50 pagi, polis menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan dari Bahagian Kecemasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) memaklumkan terdapat pesakit lelaki berusia 33 tahun dibawa rakannya mengalami kecederaan kritikal.

Bagaimanapun mangsa gagal diselamatkan dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan luka tikaman pada abdomen.

"Pada jam 10 malam hari sama, tangkapan dibuat terhadap tiga lelaki iaitu majikan dan rakan sekerja mangsa berusia 28 hingga 40 tahun di dua lokasi berbeza di Butterworth dan Permatang Pauh yang dipercayai terbabit dalam kes ini.

"Siasatan lanjut mendapati salah seorang suspek yang ditahan mengaku mencederakan mangsa semasa berada di tempat kejadian sebelum melarikan diri.

"Punca kejadian adalah berpunca daripada pertengkaran mulut di antara mangsa dan suspek yang kedua-duanya berada dalam keadaan mabuk semasa insiden berlaku," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, telefon bimbit, pisau, dua botol minuman keras, seluar pendek dan sehelai T Shirt yang dipercayai digunakan suspek ketika kejadian dirampas.

"Ketiga-tiga suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam hingga Sabtu ini untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.



Disiarkan pada: Jun 12, 2023 @ 9:29am












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.051258 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list