CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 283|Reply: 0

[Sabah] Mayat bayi ditemukan terapung disangka patung

[Copy link]
Post time 11-6-2023 11:11 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Satu mayat bayi yang disangka patung ditemukan dalam keadaan terapung di kawasan perkampungan atas air di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan Kalsom Idris berkata, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi terbabit kira-kira jam 6.30 petang.

Katanya, ketika pengadu melalui jambatan kayu di perkampungan atas air itu, seorang kanak-kanak lelaki berumur lingkungan 9 tahun bertanya mengenai satu objek terapung di atas air sama ada patung atau bayi.

Menurutnya, pengadu kemudian mengamati objek berkenaan sebelum mendapati ia adalah mayat bayi yang dipercayai baharu dilahirkan.

"Mayat bayi berkenaan terapung di atas air berhampiran jambatan dan pengadu dengan bantuan penduduk berhampiran menghubungi pihak polis untuk memaklumkan kes terbabit.

"Setakat ini polis masih belum mendapat apa-apa maklumat lanjut mengenai kejadian ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, bayi berkenaan disyaki dibuang ke laut selepas dilahirkan.

Sehubungan itu, pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu untuk berhubung dengan Inspektor Hatikah Ahmad @ Abd Ghani di talian 016-8337243.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.210977 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list