CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 889|Reply: 7

Suami Tikam Isteri Kerana Enggan Beri ‘Password’ Facebook

[Copy link]
Post time 11-6-2023 09:44 PM | Show all posts |Read mode
Jakarta: Seorang lelaki menikam isterinya hingga mati hanya kerana wanita itu enggan memberikan kata laluan Facebook milik mangsa.


Portal berita Kompas.com melaporkan pasangan itu terlebih dahulu bertengkar sebelum kejadian berdarah yang berlaku kira-kira jam 3 petang di rumah mereka.


Difahamkan, pertengkaran tersebut bermula apabila suspek menuduh isterinya curang.


Seorang isteri meninggal dunia akibat ditikam suami di rumah mereka di Ogan Komering Ulu, Sumatera Selatan, semalam. - Istimewa




Kemuncak kepada perbalahan itu adalah si suami menikam isterinya berkali-kali menggunakan pisau sebelum dia melarikan diri.


Mangsa yang mengalami luka parah di perut sempat mengekori suaminya tetapi terjatuh di ruang tamu rumah sebelum meninggal dunia.


Seorang pegawai polis tempatan, Budhi Santoso mengesahkan insiden itu dan memaklumkan kes tersebut sedang disiasat manakala suspek sedang diburu. -Agensi




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2023 07:39 AM | Show all posts
kalau pompuan tu curang, berbaloi jugak ko nk tikam2.. adalah alasan nk redakan hati ko tu walaupon ko menyesal.. tp kalau dia hanya mau privasi, xde apa2 pon, nasib ko la.. nyesal pon x guna.. hidup la dalam penyesalan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tk bagi tu..mmg sah la curang..cerai ajala .ajaran mana yg suh bunuh bini lak ni?time nikah elok je Jupe org tua minta bini elok2...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 08:20 AM | Show all posts
senang2 jer kau bunuh org
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 09:15 AM | Show all posts
sampai kesudah la fb bini dia xdi bukak ehhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 09:38 AM | Show all posts
klu tak nak bagi tu selalunya adalah yg disorokkan tu..tak kisahlah ada yg kata its privacy ke apa..ada yg laki bini jenis mmg tak ambik tau segala password sosmed pasangan melainkan banking punya je..utk emergency..mcm aku lantak ko lah dgn sosmed ko hak kau..aku dgn aku punya privacy..nak mencurang ke apa ke lambat laun akan terbongkar jgk..so tak yah nak pening2kan kepala..banyak lagi benda penting nak difikirkan dan dibuat..janji kita tak buat benda salah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2023 09:51 AM | Show all posts
hp aku..hak aku laaaaa...adakah aku x bagi org tgk bermaksud curang?
ni tanya jeee
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2023 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana: Kalau tk bagi tu..mmg sah la c ...


Plot twist!
Sebenarnya laki dia kantoi curang. Bini dia mintak password. Laki dia tak bagi. Laki dia mintak password dia, so dia tak nak bagi selagi laki dia x bagi password dia. Laki dia bengang lalu terus menikam isterinya. Gitchuuuu. Hahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.238045 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list