CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165|Reply: 0

Nasib atlet RTG diketahui minggu depan

[Copy link]
Post time 11-6-2023 05:46 PM | Show all posts |Read mode
Nasib atlet RTG diketahui minggu depan


STUART Ramalingam. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM


Kuala Lumpur: Keputusan sama ada akan berlaku penambahan atau pengguguran atlet daripada program Road To Gold (RTG) akan ditentukan didalam mesyuarat jawatankuasa yang akan diadakan pada minggu hadapan.

Penyelaras Program RTG, Datuk Stuart Ramalingam berkata, ketika ini pihaknya masih belum membuat keputusan berkenaan perkara itu terutamanya kepada atlet yang gagal mempamerkan prestasi terbaik memandangkan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024 baru sahaja bermula.

Bagaimanapun katanya, isu berkenaan atlet RTG yang tidak menunjukkan prestasi cemerlang tetap akan dibawa dalam perbincangan mesyuarat jawatankuasa bagi mencari solusi terbaik buat mereka yang terlibat.

"Sebagaimana yang kita tahu, RTG ada kriteria yang perlu dipenuhi untuk penerimaan dan pengguguran setiap atlet, mereka juga tahu. Prestasi semasa adalah penting bagi membolehkan mereka kekal dalam RTG.

"Bukan saya yang buat keputusan mengenai senarai atlet RTG tetapi kita akan kemukakan prestasi semasa atlet dan jawatankuasa akan buat keputusan untuk gugurkan atau terima atlet baru dalam RTG

"Semua perkara itu (prestasi atlet) akan dibincangkan dalam mesyuarat minggu hadapan," katanya.

Sebelum ini, terdapat pertikaian berhubung kriteria penyertaan atlet kedalam program RTG yang memerlukan setiap pemain berada di kelompok 10 terbaik dunia.

Malah beberapa keputusan kurang memberangsangkan yang dicatat atlet-atlet RTG, terutamanya beregu campuran profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing sehingga terkeluar daripada ranking 10 teratas dunia sedikit sebanyak menimbulkan persoalan.

"Pada masa ini, kita lihat kelayakan baru bermula untuk semua sukan. Mengenai terkeluar dari ranking 10 teratas, kadang-kadang ia disebabkan kecederaan dan mungkin juga prestasi merosot.

"Semua perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat nanti. Saya bukan orang teknikal, jadi tidak boleh beri banyak komen mengenai perkara tersebut.

"Atlet tahu mengenai perkara ini kerana mereka sudah bersetuju dengan kriteria penerimaan dan pengguguran RTG," ujarnya lagi

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... etahui-minggu-depan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 23870 Replies : 680
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 17234 Replies : 24
‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700 – Rakyat Malaysia Ini Tak Menyesal Jadikan Kereta Sebagai Rumah.Anda kehairanan?
YgBenar‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700
Views : 4519 Replies : 33
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33426 Replies : 92
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 16425 Replies : 7
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 17788 Replies : 7
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 15508 Replies : 7
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 90604 Replies : 2834
AKASIA : AKU BUKAN USTAZAH [ERYSHA EMYRA, MK K-CLIQUE, ZAHIRIL ADZIM] 7PM ISNIN - JUMAAT
eddlisa_uyukAKASIA : AKU BUKAN USTAZAH [ERYSHA EMYRA
Views : 3851 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.054800 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list