CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 138|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua parah, empat cedera dirempuh kereta dipandu wanita sakit dada

[Copy link]
Post time 11-6-2023 04:24 PM | Show all posts |Read mode
Balik Pulau: Dua parah manakala empat lagi cedera selepas dirempuh kereta dipandu seorang wanita di Jalan Balik Pulau di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, wanita berusia 59 tahun yang memandu dari arah Pekan Balik Pulau mengalami sakit dada sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kenderaan dipandu wanita itu merempuh sebuah kereta dari arah Simpang Empat Balik Pulau dan tiga lagi motosikal yang tidak sempat mengelak.

"Sebuah motosikal terbabas lalu merempuh sebuah kereta yang diparkir di hadapan sebuah kedai makan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kamarul Rizal berkata, akibat rempuhan itu, dua mangsa parah, manakala empat lagi mangsa masing-masing menerima rawatan di zon kuning dan zon hijau.

"Sementara seorang lagi iaitu pemandu kereta tidak mengalami kecederaan dan kesemuanya dirawat di Hospital Balik Pulau.

"Kesemua pemandu dan penunggang motosikal mempunyai lesen memandu yang sah dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi bilik gerakan IPD Barat Daya di talian 04-8664122, 0192238169 ( Aplikasi WhatsApp) atau laman Facebook IPD Barat Daya menerusi Aplikasi Messenger.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... u-wanita-sakit-dada

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.064108 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list