CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 288|Reply: 3

Anwar Tolak Dakwaan Amal Politik Dendam

[Copy link]
Post time 11-6-2023 11:09 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan bahawa beliau menggunakan sistem perundangan negara untuk membalas dendam terhadap mana-mana individu.


Anwar berkata, malah beliau sentiasa menghormati undang-undang negara termasuklah tidak mencampuri tugas-tugas serta keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara dan hakim terhadap sesuatu pendakwaan.


Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan selepas pementasan Teater "Cikgu Anda" di sebuah hotel hari ini. FOTO BERNAMA




"Kalau benar saya dendam sudah ramai yang terperosok ke Penjara Sungai Buloh, tetapi saya tahu perlunya kita pertahan prinsip keluhuran undang-undang.


"Siapa yang mahu disiasat, didakwa itu bukan kuasa saya, kuasa saya terhad kepada pengarahan terhadap institusi keselamatan menjalankan tugas mereka dengan tegas dan berani," katanya ketika berucap selepas menyaksikan pementasan teater 'Cikgu Anda' di sini, malam tadi.


Anwar berkata, beliau tidak boleh mengarahkan Peguam Negara untuk mendakwa kerana sesuatu pendakwaan mesti mempunyai fakta yang kukuh.




Anwar juga berkata, beliau tidak mahu menjadi seorang pemimpin yang menggunakan kuasa untuk menindas dan menzalimi mana-mana individu.


Perdana Menteri menegaskan selama tujuh bulan memimpin negara, beliau tidak pernah meminda perjawatan institusi kehakiman.


"Apa sahaja yang dikemukakan oleh jawatankuasa membawa kepada Ketua Hakim Negara dihantar kepada saya, saya ikut proses sahaja, tidak ada satupun yang saya pinda. Melainkan kalau hakim itu punyai rekod yang mungkin dipertikai," katanya.


Justeru, beliau berkata, sudah tiba masanya tata kelola serta pentadbiran di negara ini dibersihkan tanpa wujud unsur negatif, malah politik negara perlu terhindar daripada adu domba atau merendahkan martabat pihak lain.


"olitik itu penting, saya juga mengasaskan dan memimpin parti politik dan antara parti yang bergabung," katanya dan menambah mencari kelemahan pihak lain adalah politik tidak matang.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2023 11:21 AM | Show all posts
bangkem setuju dengan anwar

sampai sekaran takde sorang pon pemimpin umno masuk penjara kerana songlap

kes LCS dulu tu prank jer
kes tabung haji pon prank
duit gst hilang pon wakenabeb je
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat marhaen mudah kena tipu eh terang lagi bersuluh dia ckp jadi pm harga petrol turun ,tu je aku pegang yg lain2 aku bukan tau pun
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Purcayalah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.101177 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list