CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1967|Reply: 39

Lelaki Lintas Lebuh Raya Maut Diseret, Digilis Bas

[Copy link]
Post time 10-6-2023 07:20 PM | Show all posts |Read mode
Seremban: Seorang lelaki maut diseret kira-kira 20 meter sebelum digilis bas dalam kemalangan di Kilometer 263.1 Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran susur keluar Seremban/Labu, di sini.


Kejadian kira-kira jam 9.20 malam tadi dipercayai ketika mangsa warga Myanmar, Nay Than Soe itu dikatakan sedang melintas lebuh raya untuk ke bahagian pembahagi jalan.


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata mangsa pada mulanya dipercayai dilanggar sebuah kereta yang gagal mengelak menyebabkannya tercampak ke lorong tengah.






"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai apabila sebuah kereta Toyota Altis yang dipandu seorang lelaki berumur 42 tahun bergerak di lorong paling kanan lebuh raya dari arah Rembau menuju ke arah Setia Alam, Selangor.


"Apabila tiba di lokasi, seorang pejalan kaki iaitu lelaki warganegara Myanmar berusia 24 tahun dikatakan melintas lebuh raya dari arah bahu kiri menuju ke tembok tengah pembahagi lebuh raya di hadapan kereta itu," katanya, hari ini.


Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan pemandu Toyota Altis cuba memberhentikan kenderaan, namun terlanggar mangsa dan menyebabkan lelaki itu tercampak ke lorong tengah lebuh raya.


"Kemudian sebuah kereta Perodua Alza dipandu lelaki berumur 46 tahun berada di lorong tengah dari arah sama, membrek dan mengubah haluan ke lorong kiri untuk mengelak mangsa.


"Bagaimanapun, mangsa dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh sebuah bas ekspress jenis Hino dipandu seorang lelaki berumur 41 tahun membawa 44 penumpang," katanya.


Arifai berkata, bas berkenaan kemudian hilang kawalan lalu melanggar dan menyeret sejauh kira-kira 20 meter.


"Mangsa parah di bahagian kepala dan seluruh badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Kesemua pemandu dan penumpang kenderaan lain tidak mengalami apa-apa kecederaan," katanya.


Katanya, mayat mangsa dikeluarkan oleh anggota bomba sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.


Beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau mengenali mangsa atau waris Than Soe boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhamad Alif Ab Jalil di talian 0182029479 atau 06-6033222.


Maklumat juga boleh disalurkan terus ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2023 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangsa asing ni suka la buat perangai mcm kat kampung dia
Menyusahkan org betul la
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak kesian pun tak leh. Sendiri cari penyakit. Mujur la org yg dlm kenderaan lain takde yg maut.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Babi mati pun menyusahkan org bagi jem
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Imagine 44 org ats bas tiba2 rasa bumpy sedangkan ats highway yg flat
And suddenly emergency stop!

Turun2 bas, omg....Ada org bwh bas

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Detail betul tulisan reporter ni. Sambil baca sambil membayangkan. Huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2023 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
perangai melintas kt hiway ni jgn la dibuat langsung
menyusahkan orang
dan membahayakan nyawa org
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Foreigners ni mmg suka suki jalan kat lebuhraya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2023 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa ke bodoh la pi lintas highway
Pastu menyusahkan sume org
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni lg satu menyusahkan org!
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 08:50 PM | Show all posts
kesian family kat kampung

apa perasaan dorang bila dapat tahu ahli keluarga mereka yang merantau mencari rezeki telah pergi buat selama-lamanya
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Klo kes mcm ni, sape yg kena hukuman?
Pernah dgr, pemandu kenderaan yg kena hukuman walaupon tidak bersalah
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Derang ni mmg jenis suka lintas highway tau, sama geng la dgn bangla dan cik kels.  Ini buat malam2 gila ke kau ingat kau glow in the dark org nak nampak.  Mendapat lah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni slalu jadi kt tol ldp depan flora damansara tuh.
Cuma bila kerap sgt jd dh tadak news value.
Life goes on gitoh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorang ni memang mindset kampung reban ayam sangat kan.. suka suki nak lintas jalan mcm itu hari kt jalan kuching siap dgn basikal dia angkut.. ko ingat ko lepas yg dr belah sana, pastu nak menyeberang sambil kelek basikal time org semua speeding jalan lurus aa ko tunggu la tgh2 atas divider tu smp tgh malam kang ye bodohss  
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Adan uker. Kurang sorg mamat foreigner kt msia ni. Moga2 esok lusa ada lagi foreigner yg kena gelek. Kalau rohingya lagi bagus kahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2023 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
warga asing:
"biasa buat kt negara kami...apa pasal tak boleh buat kt negara  msia boleh"???
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Jalan jem teruk semalam.... Mmg polis block ngan bomba block jalan tu. 1 keta pon x leh lalu... Sampai org kkuar dr kereta berjalan ke depan nk tau kenapa. Naya betul... Sejam lebih tu sangkut
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 03:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah berapa Kali lalu highway waktu malam, tiba2 Ada orang lintas jalan. Sekali dua tu tgk yg melintas mcm korang sihat.. selebih tu foreigners lah..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2023 09:10 AM | Show all posts
aritu pernah kena jugak wey, pekerja mesin rumput melintas tgh2 hiway..nasib kereta tak byk so sempat tukar lane elak dia
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.303112 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list