CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

Tipu, Kahwin 50 Wanita Dalam Tempoh 20 Tahun, Semua Mangsa Rugi Jutaan Rupee

[Copy link]
Post time 10-6-2023 07:10 PM | Show all posts |Read mode
New Delhi: Seorang lelaki berusia 55 tahun ditahan kerana didakwa menipu 50 wanita menggunakan laman web cari jodoh.


Menurut seorang pegawai kanan polis, setakat ini, suspek sudah berkahwin dengan lebih 50 wanita dalam tempoh 20 tahun lalu dan memperdaya mereka.


Polis pada Jumaat memberitahu kerugian semua mangsa bernilai jutaan rupee selepas mengahwini suspek selepas mereka berkenalan melalui pelbagai laman web cari jodoh, dalam tempoh 20 tahun.






Suspek dikenali sebagai Tapesh itu yang berasal dari Jamshedpur, berjaya diberkas polis Gurugram dari Odisha, Khamis lalu.


Kali pertama suspek berkahwin adalah pada 1992 di Kolkata dan dia mendapat dua anak perempuan hasil perkahwinan itu.


Namun suspek menghilangkan diri pada 2000, meninggalkan isteri dan anak perempuannya, lapor Gulf News.


Polis berkata, berdasarkan kes difailkan seorang wanita di Gurugram, baru-baru ini, mangsa mendakwa bertemu suspek melalui aplikasi cari jodoh sebelum mereka berkahwin.


Tetapi selepas tiga hari berkahwin, tertuduh menipu wanita itu sebanyak dua juta rupee (kira-kira RM111,927) termasuk mengambil barang kemas mangsa, sebelum melarikan diri.


Semasa dalam siasatan, polis mendapat tahu bahawa dalam masa sama, tertuduh pergi ke Bangalore dan membuka agensi penempatan pekerjaan bernama 'Smart Hire Solution'.


Menerusi agensi itu, suspek pernah menipu remaja lelaki dan perempuan dengan muslihat menawarkan peluang pekerjaan.


Tetapi apabila penipuan itu terbongkar, suspek mula berkawan dengan wanita berstatus janda dan isteri orang menerusi aplikasi Shaadi.


Kebanyakan hubungan adalah dengan wanita pertengahan umur dan dia menipu mereka.


"Suspek kini ditahan di pusat rawatan penagihan dadah di Odisha. Dia akan dibawa ke dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut," katanya lagi.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.040489 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list