CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 134|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penunggang motosikal maut ditimpa pokok dikenali sebagai Muhammad Wafiq Zikry

[Copy link]
Post time 10-6-2023 03:34 PM | Show all posts |Read mode
Penunggang motosikal maut ditimpa pokok dikenali sebagai Muhammad Wafiq Zikry


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



KEJADIAN pokok tumbang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, yang membabitkan 10 mangsa termasuk seorang meninggal dunia. FOTO ihsan bomba




Georgetown: Polis mengesahkan mangsa yang maut dalam kejadian pokok tumbang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, hari ini, adalah penunggang motosikal berusia 18 tahun.

Mangsa disahkan sebagai Muhammad Wafiq Zikry Shah Mohd Farid Amirol Shah berasal dari Kampung Genting, Balik Pulau, di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, mangsa maut dalam kejadian berikutan mengalami kecederaan parah di kepala.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat di talian 016-6658704 atau tampil ke balai polis berhampiran," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Soffian berkata, dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, pihaknya menerima maklumat mengenai pokok tumbang sehingga menyebabkan kemalangan dua kereta dan tiga motosikal.

"Tiga lagi individu mengalami cedera manakala enam lagi tidak mengalami kecederaan," katanya.

Kejadian yang berlaku dari arah pusat bandaraya ke Jambatan Pulau Pinang itu turut menyebabkan kesesakan melebihi lima kilometer berikutan pokok tumbang merentangi jalan.

Saksi mendakwa pokok dipercayai tumbang selepas dibadai belalai air dari kawasan pantai sebelum melalui lebuh raya berkenaan.

Terdahulu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak A'azelan Hassan berkata, terdapat mangsa ialah pemandu Mercedes-Benz dan lima individu yang menaiki Perodua Myvi terdiri daripada tiga wanita termasuk seorang hamil, lelaki dan kanak-kanak.

Selain itu, empat mangsa lagi menaiki tiga motosikal berasingan terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita.

Seorang penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi lelaki patah kaki.



Disiarkan pada: Jun 10, 2023 @ 3:17pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.046170 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list