CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 171|Reply: 0

[Kedah] Pesawah di Jitra mengeluh, air tak cukup, padi tak menjadi

[Copy link]
Post time 10-6-2023 02:24 PM | Show all posts |Read mode

PESAWAH di Kampung Natoi, Jitra menunjukkan petak sawah yang tidak dapat diusahakan berikutan saliran air yang dijanjikan JPS lewat lebih dua minggu. – SHAHIR NOORDIN

JITRA – Kira-kira 20 pesawah yang mengusahakan kira-kira 12 hektar bendang di Kampung Lembah dan Kampung Tebing di Napoh, dekat sini kecewa berikutan ketiadaan sumber air mencukupi yang membolehkan mereka mengusahakan tanaman padi sejak beberapa bulan lalu.

Menurut seorang petani, Ros­lan Kasim, 61, rata-rata pesawah sudah ketinggalan dua bulan daripada jadual asal penanaman padi akibat masalah itu.

Dakwanya, masalah itu berpunca daripada kegagalan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyelenggara kawasan saliran dari kawasan tali air berhampiran.

“Sebelum ini saliran tersebut diselenggara setahun sekali tetapi tahun ini, kerja penyelenggaraan itu tidak berjalan menyebabkan saliran menjadi semak sekali gus menghalang air mengalir.

“Apabila saya ajukan masalah ini kepada JPS Isnin lalu, barulah mereka menghantar jentera untuk membersihkan saliran itu. Namun, tindakan mencucinya setakat ini baru selesai separuh.

“Selepas separuh daripada saliran itu dicuci, pihak berkenaan ada membuat percubaan untuk mengepam air tetapi tak sampai ke seluruh kawasan. Jadi sehingga kini kami terpaksa terus menanti untuk mengusahakan sawah sedangkan jadual penanaman asal sudah terlewat kira-kira dua bulan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Tambahnya, kerja-kerja me­ngusahakan sawah kali ini dijang­ka berdepan kesulitan berikutan penanaman padi tidak sama waktu antara petak sawah berhampiran.

Sementara itu, rakannya, Lim Khim Lai, 68, berharap agar masalah di situ dapat diselesaikan dengan kadar segera kerana golongan petani turut mengalami kerugian sewaktu mengusahakan sawah pada musim lalu.

“Kalau tidak, petani di sini susah, apa pun tak boleh buat. Musim lepas pun padi tak jadi disebabkan penyakit sampai modal pun tak dapat balik.

“Minta tolonglah supaya saliran di sini dilancarkan kembali agar air dapat mengalir. Kalau kita lihat sekarang, memang nampak rumput dan semak sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Asun, Othman Awang turut menyeru agar JPS mengambil tindakan segera bagi menangani masalah itu.

“Saya difahamkan, dulu kawasan ini sentiasa diselenggara dengan baik dan sentiasa mengikut jadual tetapi tahun ini agak mengecewakan.

“Kami tak tahu apa masalah di pihak JPS tetapi dalam konteks petani, mereka memang sangat memerlukan air untuk mengusahakan bendang,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... p-padi-tak-menjadi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.049523 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list