CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 866|Reply: 7

Suspek Disyaki 'Pukau' Wanita Di Kangar Turut Dikehendaki Di Negeri Lain

[Copy link]
Post time 10-6-2023 12:16 PM | Show all posts |Read mode
Kangar: Tiga lelaki yang ditahan sejak 3 Jun lalu kerana disyaki menipu seorang suri rumah membabitkan barang kemas bernilai RM19,000 dengan cara memukau di Pasar Besar Perlis, Sena, di sini, turut dikehendaki atas kes sama di beberapa negeri lain.


Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata ketiga-tiga suspek termasuk seorang warga Indonesia yang berusia 52 hingga 65 tahun itu turut dikehendaki di negeri lain atas jenayah penipuan menggunakan modus operandi sama.






"Reman mereka sudah pun tamat dan kita sudah melengkapkan siasatan namun suspek termasuk seorang warga Indonesia dan seorang pemastautin tetap belum lagi dapat dituduh di mahkamah sebab mereka dikehendaki di beberapa negeri lain atas jenayah yang sama.


"olis percaya kumpulan ini aktif melakukan jenayah penipuan sejak dari awal tahun ini. Di Perlis sahaja, terdapat dua laporan polis dibuat berhubung penipuan yang dilakukan.


"Suspek menggunakan modus operandi memujuk sebelum memperdaya mangsa dengan menawarkan khidmat pemulihan kesihatan kepada mangsa. Kerugian bagi kedua-dua kes berkenaan dianggarkan sekitar RM24,000," katanya ketika dihubungi hari ini.


Katanya, berdasarkan semakan pihaknya juga mendapati dua suspek termasuk seorang pemastautin tetap negara ini mempunyai rekod jenayah lampau.


"Suspek warga tempatan berusia 56 tahun didapati mempunyai rekod jenayah membabitkan pecah rumah, samun dan cabul. Rakannya, berusia 64 tahun dan pemastautin tetap Malaysia juga berasal dari Indonesia didapati mempunyai rekod jenayah silam membabitkan kes curi dan imigresen kerana melindungi pendatang asing tanpa izin.


"Kita sudah serahkan suspek kepada polis di kontinjen lain untuk meneruskan siasatan mereka," katanya.


Pada 3 Jun lalu, polis menahan tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia kerana disyaki menipu seorang suri rumah dan melarikan barang kemas milik mangsa bernilai RM19,000 di Pasar Besar Perlis, di Sena, Kangar.


Dalam kejadian 10 pagi itu, mangsa berusia 51 tahun itu dipercayai dipukau selepas didatangi dua lelaki, seorang daripadanya warga Indonesia yang tidak dikenali menawarkan kepadanya pemeriksaan perubatan.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2023 12:18 PM | Show all posts
retis mana yang kena pukau tu.... ipa puk puk ke atau kak kilometer??

kalau si kak km kirim salam kat jocelyn chia tak mau pergi sekolah tu...

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan dipukaunya polis supaya bebaskan dorang dah la
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 10-6-2023 02:58 PM

so kes ni menipu zahir ajer. btw, pukau ni mmg senang2 jadi ker? hembus2 je terus onz? kalau sakit kita tau la kot keturunan/genetik ke lifestyle ke, yg pmbawakan ke arah penyakit, lg tggi lah nk dpt penyakit tsebut. mcm pukau ni, ape tendency dia? kot org yg mmg ade masalah mental lg senang kena pukau ke, yg mmg dlm keadaan stres bnyk pikir senang kena pukau ker?kot org tu mmg ade masalah kesaitanan dlm diri sihir ke ape ke jd lg senang makan dek pukau ke? knp takde org kaji perhati bnde gini ek, kita nak kaji kita tak terer kohkoh ataupun taknak mngaku dah ter bodoh, jd dikatakan pukau. yelah lagi senang kan salah kan saitan, bukan org nmpk.
#edisimastika
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
So, bila nak halau balik negara asal? Dah ada rekod lampau pung masih bebas bergentayangan di tanah ibu pertiwi
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ilacantik at 10-6-2023 03:37 PM

Citer pasal pukau, bulan lepas makcik dgn uncle meols hampir kena pukau dekat belakang globe jalan TAR sana. Yg nak pukau tu, couple middle aged mungkin dari Afghanistan atau Pakistan.
Uncle meols dah tahap bukak wallet, duit dah ada kat tangan yg nak pukau. Mungkin memang rezeki heols, makcik meols pun mungkin kebal sikit, bertempik kat couple pemukau tersebut.
Makcik meols rampas balik duit dan nak ugut bawak gi balai. Dlm pada selamat tu, hilang jugak 50euro. Dah la malam tu nak berangkat ke Europe.
MO pemukau, dia akan kibas2 duit kat muka kita dan mintak tukar sebab tak jumpa money changer. Jadi hati2 semua. Nak2 dekat pelancong yg tetiba peramah tegur tanya itu ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2023 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
hrp cepatlah kena tangkap, geng pukau ni biasanya x gerak bersendirian. Paling tidak berdua dan biasanya diaorg mmg dah aimed mangsa tu cam sorg ngekor then bg signal kt yg standby
adik dulu pernah kena pukau dgn perempuan indon, dia tanggalkan rantai leher dan juga gelang tgn, bola ada org terlanggar dia br adik sedar dan ms tu dah terlmbt utk buat apa2
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2023 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 10-6-2023 03:27 PM
So, bila nak halau balik negara asal? Dah ada rekod lampau pung masih bebas bergentayangan di tanah  ...

Msia....nak halau indon...siap jemput pemimpin dia lg....ada la...itu pun pemimpin dia x rasa apa walau ramai warganegara dia berstatus PATI kt Msia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Alice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datuk Seri Berstatus Suami Orang?
YgBenarAlice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datu
Views : 28451 Replies : 21
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 98915 Replies : 3912
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72743 Replies : 784
Jumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?” –Wanita kiciwa Adik Hidap Kanser Tahap 4 ‘Disidai’ Berjam-Jam Di Hospital Sultanah Nur Zahirah
YgBenarJumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?”
Views : 33735 Replies : 63
Pelakon suara Doremon telah tiada
maklukpenggodaPelakon suara Doremon telah tiada
Views : 32806 Replies : 38
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 48500 Replies : 126
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 17398 Replies : 236
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 42460 Replies : 257
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110996 Replies : 7259
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75021 Replies : 706

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.406571 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list