CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 190|Reply: 0

Seludup Kera Untuk Hidangan Eksotik

[Copy link]
Post time 10-6-2023 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Bangkok: Dua warga Thailand ditangkap di daerah Nong Han di Udon Thani di negara itu, ketika cuba menyeludup 27 kera ekor panjang ke Laos untuk dihidangkan sebagai makanan eksotik.


Polis yang bertindak atas maklumat daripada Bahagian Sumber Asli dan Jenayah Alam Sekitar (NRECD), menahan dua lelaki itu ketika mereka memandu di Lebuhraya 2096 di Udon Thani, 500 kilometer utara ibu kota Bangkok.






Pegawai kemudian menemui 27 ekor kera ekor panjang yang diikat dan disumbat di dalam beg dengan seekor daripadanya sudah mati.


Kedua-dua lelaki itu diserahkan kepada polis Nong Han, lapor The Straits Times.


Baki 26 kera yang masih hidup dibawa ke tempat perlindungan hidupan liar Khon Kaen dan akan dilepaskan semula ke alam liar.


Komander NRECD, Mejar Jeneral Polis Watcharin Phusit, berkata NRECD menerima maklumat ada cubaan menyeludup kera dari wilayah tengah dan selatan Thailand untuk dijual ke restoran di Laos.


NRECD sudah pun menggagalkan dua percubaan awal untuk menyeludup kera ke Laos setakat ini pada 2023.


Pada 6 Mac, NRECD dan polis lebuh raya menahan dua lelaki yang cuba menyeludup 47 kera ke Laos.


Kemudian pada 25 April, seorang lagi suspek ditahan bersama 44 kera.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.116036 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list