CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 203|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pokok tumbang, seorang maut, 9 cedera

[Copy link]
Post time 10-6-2023 09:56 AM | Show all posts |Read mode
Pokok tumbang, seorang maut, 9 cedera


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



KEADAAN di lokasi kejadian. FOTO Ihsan Bomba




Georgetown: Seorang penunggang motosikal maut, manakala sembilan individu lain cedera dalam kejadian pokok tumbang di Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, pokok terbabit dikatakan menghempap dua kereta dan tiga motosikal.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, A'azelan Hassan berkata, terdahulu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 1.26 pagi.

Katanya, seramai 18 anggota ke lokasi sejurus menerima panggilan.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati sebatang pokok menghempap beberapa kenderaan dan ia membabitkan 10 mangsa.

"Anggota bomba melakukan kerja menyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit, " katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut A'azelan berkata, seorang penunggang motosikal didapati meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi lelaki masing-masing mengalami patah kaki.

Beliau berkata, mangsa yang lain turut cedera.

"Kesemua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi rawatan lanjut dan kes diserah kepada polis bagi tindakan lanjut," katanya lagi.

Menurut A'azelan, pasukan penyelamat bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) turut melakukan kerja pembersihan di lokasi selepas kejadian dan operasi tamat pada 5.58 pagi.



Disiarkan pada: Jun 10, 2023 @ 9:39am










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.059046 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list