CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 215|Reply: 0

[Pulau Pinang] LHDN keluar garis panduan e-invois bulan depan

[Copy link]
Post time 9-6-2023 09:14 PM | Show all posts |Read mode
LHDN keluar garis panduan e-invois bulan depan


Jun 9, 2023 @ 8:32pm



Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Mohd Nizam Sairi pada sesi libat urus pelaksanaan e-invois di Georgetown, Pulau Pinang. - NSTP/MIKAIL ONG



GEORGETOWN: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mengeluarkan garis panduan berhubung pelaksanaan e-invois kepada syarikat-syarikat yang mempunyai pendapatan melebihi RM100 juta pada Julai.

Ia bagi membolehkan mereka mengetahui lebih lanjut berhubung inisiatif baharu terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Mohd Nizom Sairi, berkata pada masa sama, pihaknya turut menjalankan sesi libat urus di seluruh negara bagi memberi penerangan dan penjelasan berhubung pelaksanaan e-invois itu.

"Libat urus akan dilaksanakan ke seluruh negara, terutama di peringkat awal ini kerana kita hendak memastikan apa yang dibangunkan itu nanti bersesuaian dengan keperluan daripada industri.

"Garis panduan akan dikeluarkan pada Julai nanti dan akan diuruskan mengenai keperluan teknikal. Lagipun kita buat banyak libat urus untuk mendapatkan maklumat daripada syarikat-syarikat.

"Ia agar inisiatif ini tidak menjadi sesuatu yang terlalu berkos tinggi kepada industri untuk menggunakan sistem itu," katanya kepada pemberita selepas sesi libat urus berkenaan e-invois dengan petugas media dan wakil industri zon utara di sini, hari ini.

Mohd Nizom berkata, pelaksanaan e-invois akan meningkatkan kecekapan perniagaan melalui penjimatan kos dan mempermudahkan proses kerja pembayar cukai dengan ketersediaan praisi maklumat pelaporan cukai selaras dengan 'compliance-by-design'.

Ketika ini, katanya, sebanyak 4,000 syarikat yang mempunyai pendapatan melebihi RM100 juta disasarkan menjadi kumpulan pertama terbabit pelaksanaan e-invois yang dijangka bermula1 Jun tahun hadapan.

Beliau berkata, inisiatif e-invois juga sejajar dengan perkembangan arus revolusi digital yang pesat, dengan gaya perniagaan kini yang memerlukan cara lebih mudah untuk membuat pertukaran maklumat dan transaksi perdagangan di peringkat domestik mahupun global.

"Jika mereka (pihak industri) ada keperluan tambahan, mereka boleh beri maklum balas kepada pihak kami. Jadi ini proses libat urus yang berterusan sehingga sistem ini dilancarkan nanti," katanya.

Mohd Nizom berkata, secara keseluruhannya, apabila sistem e-invois dilaksanakanm, ia dapat membantu syarikat menjimatkan kos dari segi penyimpanan rekod dan pelaksanaan perniagaan.

Katanya, LHDN yakin sistem itu dapat dilaksanakan seperti yang dirancang walaupun masih banyak persoalan daripada pihak industri mengenainya.

"Sistem e-invois ini sangat positif terutama bagi syarikat-syarikat besar kerana ia juga telah dilaksanakan di banyak negara lain yang mempunyai sistem invois," katanya.

E-invois ialah inisiatif untuk memacu agenda digitalisasi negara sejajar Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital) dan salah satu program di bawah Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang (NESR) 2.0.

Ia melihat kepada keperluan perniagaan untuk bertukar maklumat dan transaksi perdagangan di peringkat global dan invois elektronik yang merujuk kepada penghantaran invois daripada penjual kepada pembeli dalam format elektronik yang bersepadu. - BERNAMA








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.056972 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list