CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 184|Reply: 0

[Kedah] Kahwin awal kerana belum ada rezeki sambung belajar

[Copy link]
Post time 9-6-2023 08:26 PM | Show all posts |Read mode
Kahwin awal kerana belum ada rezeki sambung belajar


Noor Hidayah Tanzizi
hidayah.tanzizi@hmetro.com.my



SYARAH Aliyah dan Muhammad Naqib memilih menamatkan zaman bujang pada usia 19 dan 20 tahun. Foto Ihsan Syarah Aliyah.




Baling: Ramai menganggap pasangan muda ini adik-beradik yang masih bersekolah kerana faktor tubuh dan ketinggian, namun hakikatnya mereka adalah suami isteri.

Syarah Aliya Ahmad, 19, dan suami, Muhammad Naqib Mohamad Nasir, 20, memilih menamatkan zaman remaja mereka dengan memikul tanggungjawab besar sebagai suami isteri pada 2 Mac lalu.

Kisah mereka mendapat perhatian di TikTok apabila Syarah Aliya berkongsi video perkahwinan yang meraih 1.3 juta tontonan dan pelbagai reaksi netizen, baru-baru ini.

Syarah Aliya berkata, dia hanya mengikut trend TikTok yang berkongsi perbandingan usia dan sikap suami isteri, namun tidak menyangka akan mendapat perhatian warganet.

"Banyak juga komen yang cakap kami beruntung kahwin muda dan ada juga sangka kami masih sekolah lagi selain cakap seperti kakak dan adik.

"Lucu juga tetapi saya tak ambil hati mungkin orang nampak kami seperti adik dan kakak sebab suami rendah sedikit daripada saya. Tinggi saya 160 sentimeter (cm), manakala suami 156 cm.

"Tetapi itu tak jadi masalah sebab yang penting kami perlu sepakat dan saling bertolak ansur sepanjang perkahwinan ini dan harap ia berkekalan selamanya," katanya tinggal bersama mentua di Kampung Telok Durian, Kupang, di sini.

Menurutnya, mereka berkawan sejak dia berusia 14 tahun selepas berkenalan di Lata Celak, Kupang dan sepakat membina hidup bersama kerana tidak mahu terlalu lama berkawan, selain mengelak perkara tidak baik.

"Suami sudah ajak bertunang dan berkahwin sejak saya berusia 17 tahun tetapi saya pilih untuk menamatkan persekolahan dulu, malah keluarga kami juga berpendapat sama.

"Saya anggap berkahwin awal ini adalah rezeki kerana saya belum ada rezeki menyambung pelajaran tetapi bersyukur perkahwinan ini banyak mendidik saya ke arah lebih baik," katanya memberitahu suaminya menguruskan perniagaan makanan ternakan haiwan milik keluarga mentua.

Katanya, usia remaja bukan penghalang untuk mereka memikul tanggungjawab sebagai suami isteri dan mereka disokong keluarga terutama ibu bapa, Maznah Hassan dan Ahmad Abd Rahman serta mentua, Robaayah Abdul Karim dan Mohamad Nasir Khamis.

"Sejak berkahwin saya sematkan dalam fikiran yang saya ini isteri orang dan perlu menjaga nama keluarga dan mentua. Kalau dulu bangun pagi mesti lambat tetapi sekarang perlu bangun awal untuk sediakan sarapan buat suami sebelum dia pergi kerja.

"Saya juga mula mencuba pelbagai resipi dan kerja dapur memang tiada masalah sebab sejak dulu selalu bantu mak di rumah, cuma kali ini semua keperluan suami saya buat sendiri," katanya.



Disiarkan pada: Jun 9, 2023 @ 7:39pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.504041 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list