CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 204|Reply: 0

[Kedah] Lepas tembakan selepas nyaris digilis geng curi kabel

[Copy link]
Post time 9-6-2023 08:22 PM | Show all posts |Read mode
Lepas tembakan selepas nyaris digilis geng curi kabel


Izad Thaqif Hassan
am@hmetro.com.my



POLIS melakukan siasatan di lokasi kejadian kereta dinaiki geng curi kabel yang nyaris menggilis seorang anggota di hadapan Medan Selera Premba. FOTO Ihsan Pembaca.




Alor Setar: Anggota polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri selepas nyaris digilis kereta dinaiki tiga lelaki di hadapan Medan Selera Premba, di sini hari ini.

Dalam kejadian 4 pagi itu, anggota polis melepaskan satu das tembakan hingga terkena suspek di tempat duduk belakang kereta jenis Nissan Sentra.

Menurut sumber, anggota polis pada mulanya mengesan suspek menaiki kenderaan itu yang dipercayai geng curi kabel telekomunikasi.

"Sebelum itu, anggota polis berkenaan sudah menahan suspek lain yang juga geng curi kabel Telekom.

"Hasil siasatan lanjut, suspek memberitahu ada satu lagi kumpulan turut melakukan kegiatan sama tidak jauh dari situ dan anggota polis berkenaan bergegas ke lokasi kejadian," katanya.

Sumber berkata, sebaik tiba, anggota keluar daripada kereta peronda polis (MPV) dan cuba menghampiri kenderaan suspek.

"Ketika itu, suspek bertindak mengundur kenderaan hingga hingga melanggar anggota polis terbabit dan nyaris menggilisnya ketika dia terjatuh.

"Suspek sekali lagi cuba melanggar anggota polis itu hingga mangsa terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri," katanya.

Menurutnya, dalam keadaan kelam kabut itu suspek memecut kenderaan sebelum dikejar dan berjaya ditahan berhampiran sebuah bangunan kedai.

Katanya, terdapat tiga suspek dalam kenderaan dan penumpang belakang yang cedera dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut serta dilaporkan stabil.

"Anggota polis terbabit pula patah tulang keting," kata sumber itu yang memberitahu semua lelaki itu terbabit kegiatan curi kabel di negeri ini dan datang dari Sungai Petani untuk melakukan aktiviti demikian.

Sumber memberitahu semua suspek berusia 30 hingga 50-an itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

"Pemeriksaan lanjut mendapati semua suspek positif methamphetamine," katanya.



Disiarkan pada: Jun 9, 2023 @ 7:24pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.053722 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list