CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 441|Reply: 4

[Dunia] Pelajar temui kepala tikus dalam makanan, universiti kata leher itik

  [Copy link]
Post time 9-6-2023 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 9-6-2023 08:06 PM


Kepala tikus itu ditemui di celahan nasi dan kacang panjang. - Twitter

BEIJING, China – Seorang pelajar di China menemui seketul daging berbentuk seakan kepala tikus ketika menikmati hidangan yang dibelinya dari sebuah kafeteria, lapor laman berita Mothership semalam.

Akhbar Shanghai Daily melaporkan, ketulan berwarna hitam, berbulu dan bergigi itu ditemui pada 1 Jun lalu di kafeteria Kolej Politeknik Industri Jiangxi di Nanchang.

Kepala tikus itu ditemui di celah nasi dan potongan kacang panjang.

Pelajar lelaki itu kemudian membuat aduan kepada kakitangan kafeteria.

Bagaimanapun, mereka mendakwa bahawa objek yang tidak dapat dikenal pasti itu merupakan daging itik.

Pelajar itu kemudian memuat naik video penemuan kepala tikus itu di media sosial dan ia mencetuskan bantahan orang ramai.

Pada 3 Jun lalu, pihak pentadbiran mengeluarkan kenyataan bahawa selepas ‘pemeriksaan dan perbandingan berulang kali’, mereka mendapati ketulan itu merupakan leher itik.

Kenyataan itu mencetuskan perdebatan sengit di mana netizen mempertahankan bahawa ia merupakan kepala tikus.

Susulan kejadian tersebut, kafeteria itu kurang menerima pelanggan selepas pelajar lebih memilih untuk memesan makanan dari luar kolej. – Agensi


https://www.kosmo.com.my/2023/06/09/pelajar-temui-kepala-tikus-dalam-makanan-universiti-kata-leher-itik/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2023 09:17 PM | Show all posts
makan je lah dik... benda boleh makan kan...
apa je yang korang tak makan...

mungkin kerusi dengan meja je kot korang tak makan sebab keras?
tu pun kalau boleh rebus empuk2 dan lembut korang makan jugak...
gittuhhh....

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Extra protein katanyehh gaytohh
Apalah sangattt dengan negara terpaling selera haiwan eksotik sampai tak cukop babisss pink oink oink terbang, dengan musang, kelawor, ular, kucing, hanjeng, malah k*te rimau pung dikedarahnyeh atas alasan obat tradisional huntok tenaga batin puaka sampai pupus haiwan liar seluroh donia dengan puak2 selera eksotik nih
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mebi citer dia camni
Pada suatu hari, ada seekor itek nila sedang berjalan terkedek2 menikmati pemandangan indah di sebuah kampung. Tiber tiber, itek tersebut terjumpa rezeki terpijak iaitu bangkai seekor tikus mondok yg menemui ajal ketika sedang menggigit kabel letrik
Sang itek pon terus melahap bangkai tersebut dgn rakusnya tanpa sempat baca bismillah apalagi doa makan
Tiber tiber lagi, bangkai tikus tersekat dilehernya
Selepas menggelupur selama beberapa minit akibat sesak nafas, itek tersebut telah menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian
Kebetulan tokey cafe yg baru balik dari meniaga lalu & terus sauk itek malang tersebut utk dijadikan hidangan di cafenya pada hari esok
Tanpa rasa tggjwb utk membuang tikus yg tersekat di leher itek, beliau terus katok bhg itek jadi 39 bhg & campak je semua masuk periuk
Mungkin bahagian badan tikus tersebut yg lain pon dah selamat jadi hidangan & dah selamat masuk ke perut pelanggan dia yg lain tanpa mereka menyedarinya
Sekian dan kesian
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 10:46 PM | Show all posts
Teringat cerita budak jantan yang buat video makcik kat pasar jual kepala ular sawa satu beg plastik besar kat dia. Padahal benda tu rangka ayam ke apa entah. Terpaksa datang mengadap makcik minta ampun sambil dilahar cukup2 oleh makcik. Tapi dalam kes kepala cikti ni nampak macam ya siap ada rupa gigi cikti lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.372791 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list