View: 3416|Reply: 7
|
Muncul Tulisan Bau Hamis Di Bilik Tidur, Wanita Didambakan Jin Setia Dari Kecil
[Copy link]
|
|
Seorang wanita mendedahkan selalu menerima gangguan pelik sejak kecil yang pada mula disangka masalah seperti psikosis, skizofernia ataupun halusinasi.
Namun, apabila berkali-kali menjalani ujian saringan psikiatri, kewarasannya disahkan normal.
Siapa sangka rupa-rupanya Anggie Nabila didambakan sejenis makhluk halus.
Twitter
Semuanya bermula sejak kali pertama dia datang haid pada usia 11 tahun. Barang di rumah kerap lesap dan hanya ditemui di tempat lain.
Entiti mistik itu seakan-akan tidak membenarkan Anggie menjauh darinya. Setiap kali mahu ke sekolah, ada sahaja benda yang dihilangkan seperti kunci, buku-buku dan baju. Bahkan, pakaian dalam yang sedang dipakai Anggie juga menghilang tanpa jawapan.
Kejanggalan ini membuatkan Anggie pernah tidak hadir ke sekolah selama tiga bulan.
Jelasnya, dia kurang gemar dengan budak-budak, namun pada suatu hari, tiba-tiba dia mengesan sekeping gambar imbasan 'ultrasound' bayi dalam galeri telefonnya yang entah datang dari mana.
Kebanyakan orang yang mengubatinya berkata, jin pendamping itu sebenarnya mahu menikah dan memiliki anak bersama Anggie.
Dalam satu kejadian melibatkan perawat bernama Siti Jubaizah, ‘benda’ tersebut seakan-akan marah apabila Anggie cuba dirawat lalu jin terbabit menulis ayat marah “Siti Jubaidah anjing” di ruang siling rumah mereka.
Lebih menyeramkan, apa sahaja kemahuan akan direalisasikan oleh jin berkenaan walaupun ia cuma terlintas di fikiran Anggie.
Misalnya, Anggie amat sukakan kertas pembalut hadiah dan juga bekas penyimpanan alat solek. Tidak lama kemudian, barang itu sudah diposkan ke rumah.
Manakala ketika sekolah menengah, Anggie mahu memakai pendakap gigi, namun keinginan itu terpaksa ditangguh kerana bapanya sedang ada masalah kewangan. Selepas dihantar ke sekolah keesokannya, Anggie terkejut rakan-rakan menegurnya yang dilihat sudah memasang pendakap gigi.
Pun begitu, pendakap berkenaan segera dicabut di klinik gigi milik rakan bapanya. Jika terus dipakai, Anggie khuatir jin itu akan merasa dirinya diterima.
Gangguan tetap berterusan walau Anggie sudah berkahwin. Makhluk itu dilihat sengaja hendak merosakkan kebahagiaan pasangan ini.
Pernah suatu ketika apabila suaminya masuk ke dalam bilik tidur dan tidak semena-mena memarahi Anggie secara melulu sebelum berlalu keluar seperti biasa.
Tidak lama kemudian, suaminya masuk lagi dan bertanya “Kenapa kamu marah-marah?”. Anggie menjelaskan apa yang berlaku, barulah mereka sedar ia adalah kerja si jin tadi. Sudah banyak kali syaitan ini menyerupai Anggie atau suaminya untuk saling melaga-lagakan.
Ada juga kejadian di mana suaminya mengejutnya dari tidur sekitar jam 10 pagi. Seperti biasa, lelaki itu memberikan belaian manja dan bertanya sama ada isterinya mahu minum air kopi.
Dalam keadaan mamai, Anggie baru teringat mengapa suaminya masih belum pergi kerja? Adakah memang cuti pada hari tersebut? Setelah dilihat, kereta di ruangan parkir memang tiada. Dalam masa sama, air kopi sejuk sudah tersedia di atas meja seolah-olah baru dikeluarkan seseorang dari peti ais. Walhal tiada orang lain waktu itu.
Terbaru, jin berkenaan melukis imej kepala kambing di bilik tidur Anggie dengan tulisan Bahasa Jawa yang sukar difahami.
Kesan tapak tangan tulisan merah di dinding pula mempunyai bau yang sangat hamis.
Bayangkan sudah belasan tahun hal itu berlarutan, mereka sendiri sudah buntu mencari jalan penyelesaian. Kata Anggie yang mata hijabnya pernah terbuka, sosok misteri itu adalah berupa labah-labah berkepala manusia.
Sumber: Kisah Dunia |
|
|
|
|
|
|
|
layan je la labuu |
|
|
|
|
|
|
|
kena panggil father gabe ni... die je mampu lawan jin jahat |
|
|
|
|
|
|
|
hebat giler boleh magik pakai pendakap gigi..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya. Nak apa2, terlintas dalam fikiran je, dapat. Oh umpama di sorga.. |
|
|
|
|
|
|
|
cerita tang pakai braces tu , layan je lah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|