Geli hati netizen melihat keletah kanak-kanak menangis mahu melihat gambar Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
TikTok
Menerusi video dikongsikan akaun Tuan Que di TikTok, kanak-kanak dipercayai anaknya yang berusia dua tahun itu menangis kerana mahu melihat gambar Seri Paduka di telefon bimbitnya.
Apa yang menghiburkan adalah riak wajah yang tersenyum sebaik hajatnya dituruti bapanya.
Lebih mencuit hati apabila kanak-kanak itu menggelar Seri Paduka berdua sebagai ‘atok’ dan ‘kakak’.